Nota Ringkas Short Selling

Adakah short selling salah? Dan insiden short squeeze saham GameStop

Nota asal ditulis dalam Facebook. Dan nota yang ditulis di sini lebih kemaskini.

Di US sekarang tengah kecoh pasal isu short selling saham GameStop (GME) yang membabitkan hedge fund tertentu. Kemudian ada gerakan di Reddit untuk lawan sekumpulan hedge fund manager ini yang menyebabkan kenaikan harga GME berlaku sampai 1,700% dalam masa seminggu dua ni. Pada peringkat ini dilihat sebagai retail investors vs hedge fund.

Maka berlaku debat pasal short selling. Bagus ke tak bagus. Patut dibenarkan ke atau tidak. Boleh ke jual benda yang kita tak ada?

Siapa yang terlibat dalam short selling secara serius, kita boleh kata dia smart. Contrarian. Bukan senang kita nak open short position masa orang lain seronok membeli. Lebih senang ride the trend. Jadi mereka yang jadi short seller kena tahu apa yang dia buat sebab risiko yang mereka ambil adalah lebih tinggi.

Insiden short selling yang popular ialah tentang George Soros yang buat keputusan short pound sterling sampai untung 1 bilion pound pada 1992. Beliau dikenali sebagai The Man Who Broke The Bank of England.

Kemudian 1997 dia buat lagi. Kali ini ‘cari pasal’ pula dengan matawang negara Asia macam Bhat dan Ringgit. Perdana Menteri ke-4 terus gelar Soros sebagai penyangak mata wang. Krisis kewangan Asia 1997/98 ini sangat memberikan kesan kepada dasar-dasar kewangan dan pasaran modal Malaysia sampai hari ini. Begitulah dalamnya “luka” terhasil dari aktiviti short selling.

Pada awal 2007, Michael Burry, melaui Scion Capital yang juga merupakan hedge fund telah short collateralized debt obligations (CDO) untuk US subprime mortgage market. Buat untung dalam ~850 juta USD apabila krisis subprima akhirnya berlaku pada 2008.

Michael Burry merupakam seorang physician. Doktor. Orang bijak pandai. Merka yang menguruskan hedge fund ini bukan calang-calang orang. Tapi tak bermaksud hedge fund will always win.

Hedge fund yang pernah rugi besar ialah Long Term Capital Management (LTCM). Profesor, nobel winning economist ialah antara mereka yang menguruskan hedge fund ini.

Pada 2018, Warren Buffett telah menang betting 10 tahun yang bermula dengan nilai 1 juta dengan 5 hedge funds sekaligus hanya dengan guna S&P 500 Index Fund sahaja. Buffett menyebut mereka sebagai honest & intelligent. Tapi dalam pasaran, bukan itu yang menjadi faktor utama untung ‘menang’.

Maka soalan penting di sini ialah, kenapa mereka memilih untuk short dan bukan long (buy) semata-mata?

Bagi mereka yang ada open short position adalah disebabkan mereka ada negative view, atau dapat kesan sesuatu yang tidak kena dalam mana-mana market / saham tu. Patutnya harga saham ni tak naik, tapi harga tetap naik. Why? Logik ke? Justified ke?

Filem the Big Short (2015) ada bagi gambaran yang menarik kenapa Michael Burry buat keputusan untuk short US housing market. Dalam filem ini ada tunjuk macam mana ada orang yang tak layak untuk dapat housing loan pun boleh dapat housing loan. Ada sesuatu yang tak kena dekat housing loan subprime market.

Oleh sebab perkara macam ni, kita boleh kata short seller ni membuatkan market dapat jadi lebih efisien. Short seller will punish (and take profit) dari market / saham yang fundamental dia dah tak betul. Harga tak semestinya jatuh jadi kosong – 0. Tapi dapat jatuh kepada paras harga yang lebih dekat dengan value sepatutnya.

Memang ada banyak benda dapat berdebat bab ni. Ini bukanlah satu catatan akademik. Cuma nota pendek kenapa wujud short seller, motivasi mereka dan apa kesan short selling kepada market efficiency.

Di Malaysia, keadaan adalah berbeza. Bursa Malaysia cuma membenarkan regulated short selling. Melibatkan 218 saham sahaja.

Bagus tak bagus short selling?

Regulator dan kerajaan secara umumnya nak market ni stabil, dan lazimnya definisi ekonomi stabil, kuat, bagus ialah harga naik tiap tahun. Jadi, bila berlaku market panic, dianggap tak stabil. He he. Sepatutnya kita focus on the normalcy of the market. Jatuh dan naik ekonomi, harga saham ke ialah natural process. Go for less market intervention.

Jika syarikat tu tak buat untung, harga saham sepatutnya jatuh. Jika syarikat tu untung banyak, harga pun patut naik banyak. Jika syarikat lantik ahli lembagai pengarah yang tak kompeten, kita patut tahu apa kesan jangka masa panjang untuk syarikat sebegitu.

Di sinilah short selling tu dapat memainkan peranan tertentu. Kalau tak puas hati kerajaan lantik ahli politik sana sini jadi chairman GLC, short seller dapat represent market dissatisfaction dengan tindakan kerajaan. Kalau yang dilantik itu kompeten ok. Tapi jika kita rasa tindakan kerajaan tu ialah “rasuah”, you just short the market. Nak protes melalui kertas undi, kena tunggu 4-5 tahun. Dengan market, hari-hari boleh buat short selling (kalau betul-betul market kita dah fully liberalized).

Jadi bagus ke tak bagus?

Terpulanglah kepada kita nak pakai topi apa. Topi kerajaan / regulator ke. Topi retailers ke. Topi economist ke. Topi hedge fund manager ke. Topi shariah advisor ke. Masing-masing akan ada pendapat sendiri.

Dalam insiden GameStop ini, Michael Burry tidak menjadi short seller. Pada 19 Ogos 2019, beliau memegang 3 juta saham, atau 3.3% dari keseluruhan saham. Pada Jun 2020, beliau memberikan undi percaya kepada pengurusan kanan syarikat baru diketuai oleh CEO George Sherman pada 2019 dan ahli lembaga pengarah bebas yang lain. Hedge fund lain yang ‘lawan’ mereka. Dan beliau bukan satu-satunya hedge fund manager yang mempunyai long position dalam GameStop. Pada Disember 2020, dilaporkan Michael Burry ada short position dalam Tesla, yang mana Elon Musk adalah CEOnya.

Jadi apa sebenarnya yang berlaku? Apakah insiden ini benar-benar tentang retail investors vs hedge fund semata-mata?

 
——-
Webinar Saham PERCUMA
Klik & daftar di sini – pakdi.net/saham101

——-
Webinar Labur Saham secara FA
Klik & beli tiket di sini – pakdi.net/go

——-
Belajar FCPO
Klik & beli di sini – ebook Berani Tade