Manifesto Kewangan 2020

Jadilah pelabur baik.

Tak semestinya jadi pelabur yang very knowledgeable. Paling expert. Tak bukan macam tu. Memang tak semua orang dapat jadi pakar kewangan sama macam tak semua orang mesti jadi pakar bedah, pakar bahasa dan pakar-pakar lainnya. Tapi semua orang boleh jadi pelabur yang baik, pesakit yang baik, pelajar yang baik.

Pelabur yang baik faham enam (6) perkara asas berikut:

1. Duit tunai berguna untuk beli nasi lemak dan kalau tak habis sebab berbelanja, pasti habis disebabkan inflasi.

2. Fixed income selamat & beri pendapatan stabil tapi tak boleh jadi kaya.

3. Ekuiti kenderaan kekayaan tetapi kena tahan tengok harga saham jatuh.

4. Hartanah kenderaan kekayaan dengan liquidity yang rendah.

5. Komoditi untuk lindung nilai (hedging) portfolio pelaburan.

6. Derivatif sekiranya duit terlebih banyak dan tak kisah kalau terlebih rugi dari 100% modal sekalipun.

Bila dah faham, maka sudah takkan keluar soalan macam ni lagi.

“Pakdi, pelaburan apa yang boleh bagi return yang tinggi tapi selamat?”

Maka melaburlah dalam diri sendiri dahulu untuk faham perkara-perkara di atas supaya dapat menjadi pelabur yang baik bermula pada tahun ini.

READ  Cara Simpan Duit Nak Pergi Haji