Lindung simpanan & aset pelaburan dari habis akibat musibah

Ada perkara yang dapat menghabiskan banyak duit simpanan malah aset dan harta yang kita ada. Sebagai manusia, kita boleh jatuh sakit. Kereta kita dapat dicuri orang. Rumah kita boleh terbakar. Dan pelbagai lagi kemalangan yang dapat berlaku.

Apabila ujian seperti itu berlaku kepada kita, maka banyak duit yang terpaksa dihabiskan. Inilah yang disebut sebagai risiko kewangan yang boleh dilindungi melalui produk takaful.

Apa itu takaful? Insurans patuh yang patuh Shariah. Takaful ni macam usaha sediakan payung sebelum hujan. Janganlah tunggu hujan turun dan waktu itu lah baru sibuk nak cari payung. Dah hujan, nak keluar beli payung pun dah tak boleh. 

Apa yang kita nak payung? Duit simpanan, aset pelaburan, harta peribadi dan keluarga.

Kenapa nak payung? Kalau tak payung, maka duit & harta itu akan habis.

Kenapa habis? Habis buat bayar hutang lepas kita mati, waris tak ada apa-apa yang ditinggalkan. Duit habis sebab buat bayar bil hospital. Harta habis sebab kena tampung perbelanjaan bulanan sebab tak boleh bekerja kerana sakit kritikal atau kemalangan.

Berikut ialah antara perkara perlu jawab dan renungkan.

Mati. Siapakah yang paling terbeban jika kita mati esok hari… anak, isteri, ibu bapa atau kesemuanya sekali? Maka, ada takaful yang boleh memberikan keringanan kepada yang ditinggalkan ini. Pampasan ini dapat kepada waris-waris sebab kita dah pun masuk dalam kubur.

Lumpuh (total permanent disability). Kita masih belum mati. Tetapi kita sudah tidak boleh mencari rezeki seperti biasa lagi. Perlindungan untuk situasi seperti ini selalunya digabungkan apabila kita mengambil takaful yang berkaitan kematian.

Sakit kritikal (critical illness). Kos rawatan penyakit hari ini adalah sangat mahal. Ada plan yang menawarkan untuk basic, early stage dan multiple critical illness. Jika ini berlaku, maka kita yang memperoleh pampasan sama seperti jika kita lumpuh.

Dimasukkan ke hospital. Selalu disebut medical card. Bukan semua sakit kita jadi lumpuh. Bukan semua sakit itu adalah sakit kritikal. Tetapi kita masih perlu dirawat dan dimasukkan ke hospital. Maka, apabila situasi tersebut terjadi, duit pampasan tadi akan dibayar terus ke hospital.

Kemalangan (personal accident). Pergi kerja, kena langgar. Nampak macam sama dengan kes dimasukkan ke hospital kan, tapi tak sama. Sebab ini ialah kemalangan. Jadi bila kita dah keluar hospital, kena cuti lagi 2 bulan. Kalau gaji jalan ok, tapi jika jenis kerja sendiri? Maka, jika berlaku musibah kemalangan, ini dapat membantu.

Ada banyak lagi jenis perlindungan yang ada seperti travel takaful, takaful berkaitan pembiayaan perumahan, takaful kereta dan motor, takaful kebakaran dan seterusnya.

Jadi, kita perlu kira keperluan kita dan jika berlaku musibah seperti yang disebutkan, maka aset simpanan kita tidak terusik dan portfolio pelaburan kita masih dapat diteruskan seperti biasa.

Takaful ini kita ambil mengikut kos bulan-bulan yang sanggup dibayar, keperluan perbelanjaan tahunan dan situasi peribadi kita sendiri, adakah kita masih bujang, atau sudah berkahwin, kerja di mana dan seterusnya.

Mudah-mudahan kita tak menghadapi situasi yang sampai terpaksa liquidate portfolio pelaburan yang kita sedang buat hanya disebabkan kealpaan kita yang tak mahu sediakan payung sebelum hujan.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: