Islam Tidak Suruh Umatnya Jadi Kaya!

Garu kepala. Bukan sekali dua. Dah banyak kali terbaca dan terdengar.

Islam tidak pernah menghalang kita semua mencari harta kekayaan asalkan melalui cara yang halal dan membayar zakat apabila sampai masanya.

Berikut adalah 8 jawapan untuk persoalan sebegini. Kalau terdengar dan terbaca, selalunya saya senyapkan sahaja, melainkan kalau ada orang bercakap terus dengan saya.

#1 Nabi tak suruh umatnya jadi kaya!

Habis tu nak suruh Yahudi ke bayar zakat?

#2 Harta tak boleh bawak masuk kubur.

Harta yang jadi sedekah jariah boleh aje.

#3 Orang kaya semua jahat, makan rasuah, tamak.

Lembaga Zakat Selangor pada 2011 kutip RM 393.5 juta. Orang jahat rupanya yang bayar zakat ni.

#4 Orang yang nak jadi kaya ni golongan kapitalis!

Oh, jadi ok lah umat Islam jadi pengemis?

#5 Buat apa jadi kaya, syukur dengan apa yang ada.

Alhamdulillah, surau taman kita dah 7 tahun tak siap-siap lagi. Agaknya missionaries Kristian mana yang nak sumbang duit ye?

#6 Yang penting ilmu, bukan harta.

Iya lah. Sebab tu kena pinjam PTPTN nak masuk universiti kan.

#7 Qarun je yang suka kumpul harta ni.

Dah orang baik-baik macam kau tak mahu, Qarun kautlah semua.

#8 Kena zuhud syeikh. Duit, saham, emas semua ni dunia.

Nanti kau dah masuk gaji, transfer duit tu ke akaun bank aku ye. Aku banyak hutang lagi ni belum selesai.

READ  Wahai Anak Muda, Sesungguhnya Perkahwinan Itu Bukan Sekadar Halal Pegang Tangan

45 comments

  1. ellen

    carilah seberapa byk kekayaan dunia, selagi ia tidak mghalangmu mendalami akhirat~

  2. abu_muadz

    hahaha.. nice one.. boleh pinjam tak jawapan2 tu.. nice..

  3. Aqif Azizan

    Serius saya suka! Hehe. πŸ˜€

  4. paan blogger

    pergh , memang terbaik la. πŸ™‚

  5. Trading Point Malaysia

    Terbaik ungkapan ini. Mari bersama-sama kita menjadi kaya..minta tunjuk ajar sifu pakdi πŸ™‚

  6. aBu

    simple padat menarik…hehe ~

  7. Saharizam

    Dalam banyak urusan kehidupan kita diajar ikut sunnah Rasul dalam melaksanakannya sehinggalah aturcara pergi tandas atau berjimak dgn pasangan. tetapi kita kurang panduan berkaitan duit? Kalau kita dapat gaji RM2000 sebulan, ikut sunnah Rasul apa perkara yg kita perlu buat dan dahulukan. Simpan ke, hulur mak ayah ke, sedekah ke atau nafkah tanggungan ke? Sama-sama kita fikirkan…

  8. eezone

    Sungguh cynical tajuk posting ni. Masa mula2 baca macam agak terkejut juga. Macam tak logik Pakdi membuat posting yang anti kekayaan.

    Saya amat teruja untuk berkongsi posting ini dengan rakan2 saya yang menggunakan alasan2 yang 8 tu untuk membenarkan tindakan mereka yang malas untuk berusaha dan berubah kepada keadaan yang lebih baik.

    Sememangnya ‘bercakap’ lebih senang dari bertindak.

  9. Dwen Rasid

    Menarik… padat dengan unsur keilmuan

  10. shah

    mohon share..tq

  11. Mancadd Lorkin

    Allah Swt turunkan manusia kedunia adalah demi untuk mencari keberkatan dan kekayaan didunia dan akhirat. Tetapi malangnya rata-rata umat Islam masih keliru dan kabur didalam landasan cahaya Islam yang sudah terang dan benderang. Wallahualam.

  12. wakif

    terbaik lah pakdi!

  13. syahmie

    ahahah, well said, sarcastically true.

  14. aidilputra

    umat islam mesti kaya,barulah mudah mengukuhkan syiar Islam.

  15. tuah

    Alhamdulillah, setakat ni, dari kesemua persoalan di atas, takde satu soalan pun di ajukan kepada saya. Syukur saya dikelilingi orang yang mengutamakan akhirat, tapi tidak meninggalkan dunia. Yang berhutang tapi membayar, Yang bayar cukai tapi menunaikan zakat. Yang bawak CLS pergi surau. Yang join politik tapi menolak rasuah. Yang susah tapi tak meminta-minta

  16. Zuraidi Zainol

    Mantop! Sungguh kreatif jawapannya. kadang-kadang kena guna reverse psychology utk sampaikan mesej kpd orang-orang yg sedemikian.

  17. nur

    yg penting, duit bkn mtlamat utama utk hidup. syukran

  18. huzaifi

    saya mcm pernah dengar kisah, zaman salah satu khalifah dl, xde orang yg boleh terima zakat.

    so blh la andaikan xde orang dlm kumpulan fakir n miskin, semua sama ada sederhana, kaya, atau kaya raya kot..

    zaman kita plak mcm mane? org yg bersusun mintak zakat lg ramai dr org bayar zakat kot..

  19. Fadzly Moftar

    Bro, perjuangan saudara untuk membuka minda dan membanggunkan ekonomi umat ISLAM amat saya sokong.

  20. anjang

    assalamualaikum… sedikt komen dari yg kurang ilmu… tapi ingin berkongsi pendapat… sesungguhnya org yg ter akhir skali masuk syurga adlah org menyimpan harta kekayaan untuk pakaiAN DI DUNIA.. dan orang yang paling mulia adlah org yang kaya tetapi dia membelanjakan hartanya untuk jalan allah…waallahualam

  21. ella

    Biarlah dunia dan akhirat seimbang..bila dah kaya jangan bongkak, sebahagian dari kekayaan tu adalah hak orang lain..

  22. herman

    salam pakdi..ramai dok tanya pasal buku pakdi tu. kat area miri ni susah nak dapat.

  23. ahmad

    Senang jk.. satu jawapn untuk semua soalan2 macam ni. Tengok Abdur Rahman Al-Auf. Seorang yang kaya dan berharta, tetapi dia salah seorang yang telah dijanjikan syurga di dunia lagi. Kenapa? sebab cara menggunakan harta tu yang menentukan baik buruknya. Bukan harta saja, sama laa dengan benda2 lain pn.. masa, pangkat, tenaga.

    Allahua’lam~

    1. Sulaiman

      Abdul Rahman bin Auf bila bersama orang bawahannya….orang tak dapat mengenali yang mana satu Abdul Rahman…… πŸ™‚

  24. cikguyob

    Assalamualaikum….tuan Pakdi.

    Bersyukur pada ALLAH Taala….diketemukan maklumat yang sebegini….
    InsyaALLAH….mohon kebenaran Pakdi untuk berkongsi dengan kawan2…

  25. sabree hussin

    saya suka dengan skema jawpan yang pak di bagi ini.. sepatutnya orang islam lah yang kena kaya.. baru dapat bahagi2kan kekayaan dunia dengan adil

  26. mojako

    Nice one dah sahre dengan rakan-rakan difacebook. terima kasih tuan.

  27. Nur

    Serius aku cakap! Nice.. πŸ˜‰

  28. uncle maxxi

    Pandangan.
    1. Nabi memilih hidup miskin. `Suka ianya akan org fakir miskin dan duduk bersama mereka’
    2. Harta yang ditinggalkan
    3. Cinta dunya kepala segala penyakit
    4. Impian sang kapitalis tiada orang miskin.
    5. Takut untuk dihisab. Atau seumpama bermain dgn ular. Awas bisanya.
    6. Kamu menjaga harta. Ilmu menjaga kamu
    7. Harta adalah waris Qarun. Ilmu adalah waris nabi
    8. Zuhud sunyi hati dari harta. Bukan tiada harta.

  29. 2bz4money

    Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Belajarlah dari kisah Sulaiman Al Rajhi, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk Miskin

  30. din

    At-Taubah [34]

    Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

    at-taubah [35]

    (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): β€œInilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.

  31. din

    Terjemahan AL Fajr
    [14]Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)[15](Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: “Tuhanku telah memuliakan daku!”[16]Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: “Tuhanku telah menghinakan daku!”[17]Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);[18]Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;[19]Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),[20]Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba![21]Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,[22]Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),[23]Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya??

  32. Oh My Zakat Fitrah

    […] zakat. Orang faqir, miskin dan 6 asnaf lain layak menerima zakat. Justeru, ini jelas menunjukkan mencari kekayaan merupakan sesuatu yang begitu dituntut dalam […]

  33. titan

    selagi boleh cari. cari..tapi apa yang agama suruh wat, janganlah tak buat plakk..

  34. Suhili Nain

    Saya setuju dengan Pakdi! πŸ™‚

    Islam tidak pernah memusuhi harta, jika kita lihat dalam sejarah bukan semua umat Islam terdahulu miskin, ada juga yang kaya raya.

    Nabi Sulaiman a.s adalah contoh yang mudah. Contoh lain, ada sahabat Rasulullah s.a.w wafat, dan sahabat tersebut meninggalkan harta warisan kepada isteri-isterinya, dan setiap seorang isterinya mendapat wang sebanyak lebih daripada 100 ribu.

    1. Suzardi Maulan

      Boleh, nanti buat rujukan link di sini ya.

  35. omar

    Salam, Pakdi. saya setuju dengan point2 di dalam artikel ini. saya pernah dengar khutbah Jumaat ada menyebut: adalah wajib seseorang itu mengeluarkan zakat dan menunaikan haji jika berkemampuan. oleh itu mengumpul harta dan menjaga kesihatan tubuh badan juga ibadah. Wallahualam..

  36. Order of the Cleric

    Assalamu’alaikum,

    pandangan yang sungguh bernas, sangat suka pandangan anda, perlu disebarkan konsep ini agar umat islam lebih kompetetif,

    wallahu’alam

  37. fazliy

    setahu saya nabi muhammad saw dan ada sesetengah sahabat2 baginda adalah seorang yang sgt kaya raya, tetapi disebabkan sifat pemurah mereka, maka mereka hidup dalam keadaan miskin dan zuhud. saya suka kekayaan, tetapi saya tak mahu bekerja untuk duit. . . . . . . . saya mahu duit bekerja keras untuk saya..

  38. MAIQBA MEusoff

    Kalau kaya… Ada lebih masa…

    Kalau ada lebih masa… Boleh luang masa…

    Dgn keluarga – pahala
    Dgn ibadah – pahala
    Haji – pahala
    Didik anak – pahala
    Zakat – pahala

    Kalau tak kaya pulak?

    Kurg masa dgn anak2..
    Kurg masa didik anak..
    Haji seumur hidup sekali..
    Zakat ikut kemampuan
    Alasan lebih teruk… Tak ada masa beribadah…

    Sekadar renungan……..

  39. Tentang Zakat Fitrah - Blog Pakdi

    […] zakat. Orang faqir, miskin dan 6 asnaf lain layak menerima zakat. Justeru, ini jelas menunjukkan mencari kekayaan merupakan sesuatu yang begitu dituntut dalam […]

Comments are closed.