KLCI ialah petunjuk 30 saham terbesar

“KLCI crosses key 1,400 but can it hold?”

“Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 10.08 mata atau 0.73 peratus kepada 1,387.01 daripada 1,376.93 sewaktu ditutup pada Rabu.”

Barangkali kalian pernah mendengar, atau membaca ayat seperti ini di kaca televisyen, corong-corong radio dan suratkhabar. Tetapi apakah yang sebenarnya dimaksudkan oleh berita tersebut?

Sebagai pelabur kita perlu tahu apakah yang dimaksudkan sebagai KLCI, atau indeks saham ini. Dan bagaimana nak guna (atau tak guna) indeks saham ini sepanjang kita melabur saham.

Indeks saham ialah saham-saham yang dikumpulkan mengikut kriteria yang tertentu. Seperti mengikut saiz pasaran (market cap), kategori, fokus atau menyeluruh, patuh Syariah atau tidak.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ialah indeks yang utama di Bursa Malaysia yang kadang kala disebut KLCI sahaja. Saham yang dimasukkan dalam FBM KLCI saham-saham indeks atau index constituents. Iaitu 30 syarikat terbesar mengikut saiz pasaran (market capitalisation) dan memenuhi kriteria tertentu.

Bila laporan berita sebut KLCI jatuh, maka itu merujuk kepada portfolio 30 syarikat ini. Jadi, syarikat yang bukan index constituents boleh jadi naik, boleh jadi turun sama.

KLCI November 2021

Jika perhatikan senarai ini, KLCI berat kepada sektor banking, telecommunication dan palm oil plantation. Ini kerana KLCI mengandungi 30 syarikat terbesar mengikut market capitalization. Ketiga-tiga sektor tersebut merupakan antara penyumbang ekonomi terbesar negara.

FTSE Bursa Malaysia Hijrah Shariah Index pula ialah indeks yang Shariah compliant. Mengandungi 30 kaunter Shariah yang terbesar.

Indeks saham di Malaysia tidak terhad kepada dua indeks ini sahaja, indeks-indeks saham utama yang lain ialah:

FTSE Bursa Malaysia Mid 70 Index indeks yang menjejak 70 saham terbesar yang seterusnya.

FTSE Bursa Malaysia Top 100 Index adalah gabungan FBM KLCI dan FBM 70.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut pasal indeks apa lagi yang ada di Bursa Malaysia, maka boleh rujuk ke website Bursa Malaysia sendiri berkenaan indeks saham.

Indeks saham dapat menjadi benchmark untuk para pelabur untuk menilai sama ada pelaburan dalam pasaran ekuiti outperform atau underperform. Seterusnya membolehkan pengurus dana menawarkan index fund melalui unit trust, atau exchange traded fund (ETF) yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Index futures seperti FKLI dan FM70 pula ada benda yang berbeza. Equity futures adalah jatuh dalam kategori derivatif dan tidak termasuk dalam skop penulisan nota ini.

Nampak macam sama tetapi berbeza.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: