Di Malaysia, pelaburan options adalah dibenarkan dengan syarat mother share adalah patuh Shariah.
Manakala kontrak contract for difference yang juga lebih dikenali sebagai CFD pula sehingga nota ini disediakan belum ada yang Shariah compliant. Baik di Malaysia atau di luar negara.
Ini dinyatakan oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar, pengerusi Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti dalam satu sesi forum Invest Smart Fest 2019, 18-20 Oktober 2019.
Options dan CFD bukanlah sejenis sekuriti i.e. saham. Kedua produk ini ialah financial contract yang jatuh dalam kategori derivatif.
Sekiranya nak trade saham global, tuan pun masih dapat melakukannya melalui cross border trading account yang ada ditawarkan oleh syarikat broker tempatan.
Apa pula pelaburan yang patuh Shariah?
Sekiranya kalian sudah berpuas hati dengan ringkasan di atas dan terus mahu cari apa lagi pelaburan patuh Shariah yang ada di Malaysia, sila klik dan baca nota ini – Tak Tahu Nak Melabur Apa? Saya Kongsi Lebih 10 Pelaburan Yang Ada di Malaysia