Melabur dalam pasaran global adalah satu pilihan yang ada pada hari ini. Bagi Muslim, pelaburan global perlu dibuat dengan berhati-hati kerana panduan pelaburan apa yang Shariah compliant dan pelaburan apa yang belum Shariah compliant masih terhad agak terhad.
Ilmu pelaburan adalah sangat penting untuk membezakan pelaburan global yang ada pada hari ini jatuh dalam jenis ekuiti, fixed income atau pun derivatives. Nampak macam sama tetapi tidak serupa.
Sekiranya kita melihat iklan yang menceritakan keperluan modal adalah lebih rendah tetapi dapat menjana untung besar, kebiasaannya itu adalah produk derivatives. Produk derivatives masih banyak produk yang belum Shariah compliant.
Struktur pelaburan ekuiti dan fixed income adalah lebih straight forward. Manakala untuk derivatives adalah lebih sofistikated. Selain riba, isu utama dalam dagangan derivatives adalah sama ada produk tadi jatuh dalam kategori maysir (judi) atau pun tidak.
Antara produk yang jatuh dalam kategori derivatives antaranya ialah financial futures, equity futures, commodities futures, options, contract for difference (CFD), options for futures, swap termasuklah forex di internet.
Dalam Islam, selain faktor riba, aset mesti wujud dan keraguan (gharar) dihapuskan. Dan aset itu bukan sahaja mesti wujud, tapi aset tadi mesti bersifat deliverability.
Contohnya warrants. Di Malaysia, ada dua jenis stock warrants. Satu Shariah compliant, satu lagi tidak shariah compliant. Walaupun mother share adalah patuh Shariah. Kenapa? Sebab warrant yang tidak Shariah compliant tadi tidak boleh convert kepada mother share.
Warrant yang tidak Shariah compliant tadi adalah structured warrant. Bila tak boleh convert, jadi sebenarnya aset apa yang kita beli? Ketika itulah maysir dan gharar berlaku. Structured warrant tadi sekadar teka nombor. Betul, untung. Tak betul, rugi. Ini bukan kehendak Shariah.
Di Malaysia, isu-isu Shariah seperti ini dikawal selia oleh Majlis Penasihat Shariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti. Menerusi pasaran global pula, badan MPS seperti itu tidak ada. Antara tugas MPS ialah bukan sahaja pasal halal dan haram tetapi juga membangunkan produk patuh Shariah.
Jadi bila dah MPS macam di Malaysia tu tak ada, siapa driver utama untuk membangukan produk patuh Shariah di peringkat global?
Dan baru-baru ini Pengerusi MPS SC menerangkan secara mudah pasal hukum options dan CFD. Options sudah diterima di Malaysia. Untuk CFD masih belum ada yang patuh Shariah, baik di Malaysia mahupun pasaran global.
Sebagai Muslim sudah tentu halal dan berkat adalah pilihan utama. Produk pelaburan dalam negara kita sebenarnya cukup untuk memenuhi keperluan pelaburan pelabur runcit.
Pautan: