Peraturan 20% untuk pelabur baru bermula

Melabur dalam saham / ekuiti ni bukan macam letak duit dalam akaun bank. Produk simpanan ni selamat, tak rugi. Tak macam letak dalam fixed deposit ke ASB ke yang mana hanya goyang-goyang kaki dan tunggu dapat untung. Pelaburan dalam saham ni pula ada masa dia untung dan ada masa dia rugi. Hari ni harga dia naik, esok harga dia jatuh.

Jadi, kena ubah mindset tu dulu. Sekarang dah nak jadi pelabur (investor) bukan lagi seorang penyimpan (saver).

Ini bukan pasaran saham. Bila ada orang sebut dia buat untung dalam pasaran saham untuk jangka masa panjang, bukannya dia buat untung tiap-tiap tahun. Tiap kali beli saham je untung. Langsung tak rugi. Siapa percaya, bak kata ustaz Azhar Idrus – dia boddo.

Bila sebut annualized return 7% dalam pasaran saham / ekuiti di Malaysia jangan sesekali ingat untung dia garis lurus macam ni. Gambaran yang lebih tepat adalah macam dalam gambar seterusnya.

Ada masa untung, untung besar. Ada masa rugi dan rugi besar. Ada masa pi mai pi mai tang tu. Waktu untung semua rasa dia jadi pakar, waktu rugi besar semua salah orang lain.

Dan gambar seterusnya ialah realiti pasaran saham.

Pergerakan long term pasaran saham / ekuiti di Malaysia. Keuntungan yang diperoleh bukanlah dalam bentuk garisan lurus. Jadi kena bersedia tengok portfolio pelaburan ini turun dan naik.

Roller coster. Volatility. Turun naik harga. Itu kena terima bila melabur saham. Bukan duduk goyang kaki tunggu untung lagi. Ada risiko yang perlu diuruskan.

Mulakan portfolio pelaburan saham dengan urus risiko dulu. Bukan kejar untung. Jaga akar. Lepas tu berbuah lah pokok tu dengan baik. Bukan terus-terus nak harapkan hasi.

Secara umum, jangkaan pulangan dalam pasaran saham ialah sekitar 7 peratus. Annualized return. Dan ini adalah lebih tinggi dari pulangan pelaburan fixed income yang lazimnya sekitar 3-4%.

Pulangan 7% ini juga berpotensi menjadi lebih tinggi bergantung kepada strategi pelaburan yang digunakan semasa memilih sesuatu saham yang hendak dibeli.

Dalam erti kata lain, keuntungan dalam pasaran saham ditentukan oleh ilmu dan kemahiran seseorang pelabur. Dari situ risiko dapat dikawal seterusnya untung pun datang.

Jadi apabila jadi pelabur ni benda pertama kena buat ialah cari cara-cara untuk membuat pengurusan risiko. Ada banyak cara nak urus risiko ni. Salah satunya ialah dengan menggunakan peraturan 20 peratus.

Peraturan 20 peratus ialah menggunakan cuma 20% dari investable asset untuk membuat pelaburan. Supaya pelabur baru dapat rasa sendiri turun naik pelaburan sebelum letak modal yang lebih besar.

Rasa sendiri, seronok ke bila nampak ada untung? Takut ke tidak bila harga jatuh? Pelaburan adalah tentang emosi. Mudah-mudahan peraturan 20% ini membolehkan pelabur melabur dengan lebih tenang.

Kira investable asset. Sekiranya individu A mempunyai 200 ribu ringgit. Dengan keperluan perbelanjaannya ialah 60 ribu ringgit setahun dan masih belum pergi haji, maka beginilah cara mengira investable asset.

  • Simpanan: 200 ribu
  • Basic savings: 60 ribu
  • Tabungan haji: 15 ribu
  • Investable asset: 125 ribu.

20% dari investable asset. Sebagai permulaan, laburkan hanya apa yang sanggup kita rugi sahaja iaitu 20 peratus dari nilai aset yang boleh dilaburkan. Jika rugi 100% pun modal tersebut, pelabur masih belum jatuh miskin dan papa kedana.

  • 0.2 x 125,000 = 25,000

Variasi lain untuk peraturan 20% ini ialah terus kira dari simpanan yang ada. Maka dalam variasi ini:

  • 0.2 x 200,000 = 40,000

Maka, bagi individu A modal yang sesuai untuk memulakan pelaburan ialah 40 ribu ringgit. Selepas dah rasa sendiri pasaran saham yang sifatnya volatile dan sudah selesa dengan volatility tersebut, maka barulah tambah modal pelaburan tersebut.

Sesungguhnya kenaikan harga saham itu benar. Penurunan harga saham juga benar.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: