Dividen ASB 2019 – 5.5%

1. Berapakah agihan pendapatan ASB 2019?

Agihan pendapatan ASB 2019 ialah 5.5%

  • 5.0% agihan pendapatan
  • 0.5% bonus

Jumlah keseluruhan agihan pendapatan ialah 9 bilion.

2. Pengiraan pengagihan pendapatan

Cara pengiraan adalah seperti berikut:

3. Bila dapat duit?

1 Januari 2020. Boleh semak akaun masing-masing selepas tarikh tersebut.

4. Saya rasa return 5.5% ni rendah

Kalau dibandingkan dengan rekod agihan pendapatan dan bonus sebelum ini memang yang paling rendah.

  • Jika dibandingkan dengan penanda aras ASB, iaitu fixed deposit Maybank 12 bulan, masih lebih tinggi. Kadar Maybank 12 bulan ialah 3.10%
  • Jika dibandingkan dengan penanda aras Bursa Malaysia iaitu FBM KLCI, masih tinggi. Pulangan KLCI 2019 setakat ini ialah negatif 7.9%
  • Kadar inflasi 2019 ialah antara 1.0 – 1.5% dan ASB masih mampu bagi return lagi tinggi.

Dan kadar 5.5% ini diberikan dalam keadaan unitholder ASB tak menanggung apa-apa risiko kerugian modal. RM 1 ringgit tetap RM 1 ringgit nilainya + agihan pendapatan dan bonus.

5. Kenapa tak boleh bagi 10%?

  • Kira-kira 70% aset ASB dilaburkan dalam pasaran saham tempatan. Pasaran saham tempatan sejak 2014, hanya pada 2017 memberikan positive return. Justeru, prestasi pasaran saham tempatan pasti memberi kesan kepada pulangan ASB.
  • Growth aset ASB sudah menjadi terlalu besar dibandingkan dengan growth saiz pasaran saham tempatan itu sendiri.
  • Untung pelaburan ASB masih ada, cuma pertambahan (growth) unitholder adalah lagi besar dari pertambahan untung ASB.

6. Kenapa ASB sibuk bina Menara Warisan Merdeka (PNB 118) dan tak guna duit tu je bagi untung?

ASB dan PNB adalah dua entiti berbeza. Duit ASB tidak digunakan untuk tujuan tersebut.

7. Patut tak terminate ASB Financing (ASBF)?

Pengiraan keuntungan ASBF tidak straight forward macam pelaburan tunai. Banyak faktor yang perlu diambil kira untuk pengiraan yang tepat secara spesifik. Apa yang saya dapat kongsikan secara umum adalah ini:

  • Pelabur yang buat pembiayaan ASB i.e. ASBF dengan (a) kemampuan cashflow sebenar dan (b) melabur untuk jangka masa panjang, masih ok
  • Pelabur yang paling terkesan ialah yang buat ASBF dengan (1) strategi rolling dividend untuk membayar hutang bank (2) berhutang di luar kemampuan cashflow sebenar (3) hanya untuk jangka masa pendek

8. Saya nak keluarkan duit dari ASB melabur tempat lain

Sebagai pelabur, sila kembali kepada penanda aras yang diguna ASB iaitu kadar Fixed Deposit Maybank 12 bulan. Selagi mana untung ASB lebih dari kadar ini, maka kita dapat #KekalTenang.

Sekiranya tuan puan berhasrat nak untung lebih 10% maka sudah tentu ASB bukan tempat yang sesuai.

9. Perlu tak saya melabur tempat lain bila ASB 5.5% sahaja?

Saya telah menyediakan satu nota khas. Sila baca di sini.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: