Cara Kira Sales Charge Unit Trust

Berikut adalah kiraan kos yang terlibat apa kita melabur dalam unit trust.

Sila rujuk prospektus dana masing-masing dan cari maklumat sebegini. Ini hanya contoh sahaja dari prospektus salah satu syarikat pengurus dana yang ada di Malaysia.

Setiap dana berbeza-beza.

Kalau nak lebih tepat kena semak prospektus setiap dana.

Kos yang jelas keluar dari poket seorang pembeli unit trust adalah:

  1. Fi semasa membeli (sales charges) dari NAV
  2. Fi switching (tetap atau atas NAV)
  3. Fi transfer (tetap)
  4. Fi  semasa menjual (redemption charges) sekiranya ada

Manakala kos yang dah masuk siap-siap dalam kiraan NAV pula adalah

  1. Fi pengurusan tahunan
  2. Fi pemegang amanah

Kiraan Fi Jualan / Permohonan Amanah Saham

Andaikan tuan mempunyai RM 10,000 tunai untuk dilaburkan dalam unit trust.

Maka ilustrasi kiraan adalah seperti berikut:

Fi jualan: 5.5%
GST atas fi jualan: 6%
NAV: RM 0.78

1) Jumlah yang digunakan untuk pelaburan adalah:

RM 10,000 / 1.0583 = RM 9,449.12

2) Jumlah unit yang dibeli:

RM 9,449.12 / 0.78 = 12,114.26 unit

3) Kos pelaburan sebenar:

RM 10,000 / 12,114.26 = 0.8255

4) Jumlah sales charge seunit:

RM 0.78 x 0.055 = 0.0429

5)  Jumlah sales charge:

12,114.26 unit x 0.0429 = RM 519.70

6) Jumlah sales charge + GST 6%

RM 10,000 – RM 9,449.12 = RM 550.88

7) Jumlah GST kena bayar:

RM  550.88 – RM 519.70 = RM 31.18

Ini adalah ilustrasi kiraan pembelian secara pelaburan tunai.

  • Kiraan yang sama tuan dapat buat sekiranya tuan membuat pembelian secara regular savings setiap bulan
  • Kiraan yang sama tuan dapat buat sekiranya tuan membuat pembelian melalui skim pengeluaran KWSP (EPF).

Baca Nota Pakdi menerusi emel: