Berikut adalah kiraan kos yang terlibat apa kita melabur dalam unit trust.
Sila rujuk prospektus dana masing-masing dan cari maklumat sebegini. Ini hanya contoh sahaja dari prospektus salah satu syarikat pengurus dana yang ada di Malaysia.
Setiap dana berbeza-beza.
Kalau nak lebih tepat kena semak prospektus setiap dana.
Kos yang jelas keluar dari poket seorang pembeli unit trust adalah:
- Fi semasa membeli (sales charges) dari NAV
- Fi switching (tetap atau atas NAV)
- Fi transfer (tetap)
- Fi semasa menjual (redemption charges) sekiranya ada
Manakala kos yang dah masuk siap-siap dalam kiraan NAV pula adalah
- Fi pengurusan tahunan
- Fi pemegang amanah
Kiraan Fi Jualan / Permohonan Amanah Saham
Andaikan tuan mempunyai RM 10,000 tunai untuk dilaburkan dalam unit trust.
Maka ilustrasi kiraan adalah seperti berikut:
Fi jualan: 5.5%
GST atas fi jualan: 6%
NAV: RM 0.78
1) Jumlah yang digunakan untuk pelaburan adalah:
RM 10,000 / 1.0583 = RM 9,449.12
2) Jumlah unit yang dibeli:
RM 9,449.12 / 0.78 = 12,114.26 unit
3) Kos pelaburan sebenar:
RM 10,000 / 12,114.26 = 0.8255
4) Jumlah sales charge seunit:
RM 0.78 x 0.055 = 0.0429
5) Jumlah sales charge:
12,114.26 unit x 0.0429 = RM 519.70
6) Jumlah sales charge + GST 6%
RM 10,000 – RM 9,449.12 = RM 550.88
7) Jumlah GST kena bayar:
RM 550.88 – RM 519.70 = RM 31.18
Ini adalah ilustrasi kiraan pembelian secara pelaburan tunai.
- Kiraan yang sama tuan dapat buat sekiranya tuan membuat pembelian secara regular savings setiap bulan
- Kiraan yang sama tuan dapat buat sekiranya tuan membuat pembelian melalui skim pengeluaran KWSP (EPF).