Cara-cara Menuntut Duit Si Mati Dalam Akaun Wahed Invest

Sejak menyertai Wahed Invest sehingga ketika menulis nota ini, saya belum menggunakan sehelai kertas. Nama pun digital investment platform. Paperless memang salah satu faktor kewujudan robo-advisory system ini. 

Tetapi selepas saya menghubungi pihak team Wahed Invest Malaysia dan bertanya tentang pengurusan penama, pusaka dan yang berkaitan dengannya, dan setelah menganalis prosedurnya, saya mencadangkan, supaya pemegang akaun mencetak monthly statement untuk tujuan rekod. Namun, jika hendak teruskan keadaan paperless, lebih baik pemegang akaun tidak menyimpan rahsia dengan waris. Setidak-tidaknya maklumkan kepada seorang dua yang dipercayai, atau jika tidak, aset (duit) akan selamanya di situ.

Kalau di kedudukan waris, bagaimana pula hendak tahu jika si mati merupakan pemegang akaun Wahed? Setakat ini cara paling mudah adalah dengan merujuk smartphone si mati. Saya percaya 100% pemegang akaun Wahed memiliki smartphone. Prima facie, kalau ada applikasi Wahed di smartphone si mati, maka adalah akaunnya.  

Adakah waris boleh mengakses akaun? Jawapannya, kalau tidak tahu login ID dan password, tentulah tidak. Akaun Wahed restricted, kalau forward monthly statement melalui Whatsapp pun pihak ketiga tidak dapat buka.

Kalau smartphone si mati pun arwah juga, macam mana? Part itu, saya terangkan kemudian.

Sebab saya nak terangkan dahulu macam mana waris hendak menuntut duit si mati.

Team Wahed Invest Malaysia telah menjelaskan kepada saya cara-cara membuat tuntutan akibat kematian pemegang akaun. Waris boleh menghubungi customer service secara email ke malaysiasupport@wahedinvest.com dan mengemukakan kepada mereka :-

  1. Salinan sijil kematian pemegang akaun; 
  • Dokumen sah membuktikan hubungan keluarga/benefisiari dengan pemegang akaun; dan 
  • Suratkuasa Mentadbir Amanah Raya. (Nota: Pihak team Wahed hanya menyatakan Suratkuasa Mentadbir Amanah Raya. Tetapi sebab saya tahu prosedur tuntutan pusaka, salinan Geran Probet/Suratkuasa Mentadbir Mahkamah Tinggi/Perintah Unit Pusaka turut mempunyai kedudukan yang sama fungsinya.)

Nampaknya sama seperti institusi kewangan lain, akses kepada akaun dilindungi dan hanya diberi kepada Pentadbir atau benefisiari sah sahaja, serta mesti ada dokumen sokongan. 

Berbalik kepada soalan, bagaimana jika smartphone si mati hilang atau rosak? Caranya cuba ingat kalau semasa hayat si mati pernah bercakap-cakap, tweet atau promote referral code dia, insyaAllah akaunnya ada. Jadi, waris boleh email kepada customer service Wahed Invest Malaysia dan maklumkan untuk buat pengesahan akaun (aktif atau tidak aktif) bagi tujuan tuntutan harta pusaka. 

Walau bagaimanapun, saya nak buat disclaimer siap-siap sebab setakat hari ini saya pun belum pernah handle kes pusaka melibatkan aset dalam robo-advisory system. Saya cuma boleh kongsi idea asas saja. Lagipun, Wahed Invest ada team tersendiri dan seperti mana aplikasi lain, pemegang akaun akan tertakluk kepada perubahan dan pengemaskinian system dari semasa ke semasa.

* Penulis iaitu Naziatul Azrin adalah seorang peguam di Ipoh. Tidak ada FB dan Twitter kerana mengecapi hidup secara realiti baginya lebih bermakna. Kepada yang baru nak buka akaun Wahed Invest, sila letak referral code beliau nazbin20 sebagai tanda berterima kasih kita atas kesudiannya menulis info ini.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: