Boleh ke buat duit hari-hari dengan saham?

Ramai yang tanya saya boleh tak buat duit saham hari-hari?

“Saya nak dapat untung 25% sebulan, Pakdi boleh bantu tak?”

Maka, apa yang saya dapat jawab ialah sekiranya pasaran saham dalam situasi bull market i.e. pasaran tengah naik harga dengan kuat, maka mudah nak buat duit. Justeru lebih mudah nak menjana keuntungan yang besar.

Setiap hari dalam market ni, kalau dia tak naik, dia turun. Kalau dia tak turun, dia naik. Jadi kalau seminggu atau sebulan market turun, macam mana nak buat duit hari-hari? Malah sudah pasti akan berlaku bear market i.e. pasaran turun harga dengan kuat.

Dari sini tuan patut faham untung buat untung hari-hari dalam pasaran saham adalah tidak realistik.

Bila kita faham hakikat bull market dan bear market ini, maka kalau nak juga buat duit hari-hari maka carilah pasaran yang mana harga naik pun boleh buat duit (dan rugi). Harga jatuh pun, boleh buat duit (dan rugi). Kita panggil long dan short. Setakat nota ini disediakan, saham di Bursa Malaysia tak boleh buat short sesuka hati.

Walau bagaimana pun ini dapat berlaku dalam futures market. Pasaran hadapan. Derivatives market. Dan pasaran ini ada di Malaysia.

Futures yang Shariah compliant ialah crude palm oil futures dan lebih dikenali sebagai FCPO. Minyak mentah kelapa sawit. Dan ini ialah alternatif yang paling sesuai untuk forex trader yang mahu meninggalkan pasaran forex.

Maka, inilah jawapan saya.

Bagi yang memang betul nak cuba buat duit hari-hari. Trade FCPO. Buka akaun dengan mana-mana licensed futures broker.

Namun kena ingat, silap hari bulan pun boleh rugi duit hari-hari. Agak-agak la nak untung sahaja dan tak mau rugi langsung. Penjual cendol pun rugi kalau hari hujan lebat.

Nak trade saham dan FCPO serentak pun tak ada masalah.

Rakan saya Shafie Bustan ada sediakan ebook pasal FCPO trading untuk tuan puan yang berminat nak tahu lebih lanjut, klik link di bawah untuk info:


Baca Nota Pakdi menerusi emel: