Memulakan Pelaburan Saham Dengan Modal Bawah 1000 Ringgit

“Pakdi boleh tak beli saham dengan modal kecil?”

Ya, pelaburan saham dapat dimulakan dengan modal kecil. Modal minima pelaburan saham ialah membuat pembelian 100 unit saham. Bukan berdasarkan satu jumlah minima dalam ringgit seperti melabur dalam unit trust.

Maka modal yang diperlukan adalah berbeza mengikut harga saham, 10 sen, 1 ringgit atau 10 ringgit sesaham. Apa yang penting cukup untuk beli sekurang-kurangnya 100 unit saham (1 lot).

Selain itu, dalam pembelian saham ada kos-kos lain yang perlu diambil tahu:

(1) Brokerage fee. Yuran yang dikenakan oleh syarikat broker

(2) Clearing fee. Yuran yang dibayar kepada clearance house iaitu Bursa Malaysia sendiri.

(3) Duty stamp: Cukai RM1.00 bagi setiap RM1,000.00 nilai dagangan. Dibayar kepada kerajaan. Bermula tahun 2022, ada perubah berlaku:

(4) Sales & Services Tax. Cukai yang dikenakan ke atas brokerage fee pada kadar SST semasa.

Kiraan ini sebenarnya auto-compute, jangan risau tak perlu kira sendiri. Ini sebagai panduan pelabur baru untuk menjawab soalan berapa ringgit perlu ada supaya boleh mula melabur saham.

Berdasarkan (1) brokerage fee 0.42% atau RM 12 (which ever higher) (2) clearing fee 0.03% (3) duty stamp dan (4) SST maka inilah kiraannya.

(a) Saham harga 1 ringgit

100 unit: RM 100
Brokerage fee: RM 12
Clearing fee: 0.03
Duty stamp: RM 1
SST: RM 0.72
Jumlah: RM 113.75

(b) Saham harga 2 ringgit

100 unit: RM 200
Brokerage fee: RM 12
Clearing fee: 0.06
Duty stamp: RM 1
SST: 0.72
Jumlah: RM 213.78

(c) Saham harga 5 ringgit

100 unit: RM 500
Brokerage fee: RM 12
Clearing fee: 0.15
Duty stamp: RM 1
SST: 0.73
Jumlah: RM 513.88

(d) Saham harga 10 ringgit

100 unit: RM 1000
Brokerage fee: RM 12
Clearing fee: 0.30
Duty stamp: RM 1
SST: 0.74
Jumlah: RM 1,014.04

Dari sini kita dapat tahu untuk memulakan pelaburan saham sendiri, maka tak perlu tunggu jadi kaya. Melaburlah sampai jadi kaya.

Sebagai tindakan segera, menyimpanlah sekurang-kurangnya RM 100 sebulan dalam tabung memulakan pelaburan. Selepas 12 bulan menyimpan kita dah ada modal sebanyak RM 1,200 dan dah dapat beli satu kaunter saham.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: