Membuat belanjawan bulanan

Sekiranya kalian mencari cara membuat belanjawan tiap bulan, barangkali dapat gunakan kaedah 50-30-20.

Ini adalah kaedah untuk menetapkan perbelanjaan kepada 3 kategori:

  • 50% untuk keperluan
  • 30% untuk kehendak
  • 20% untuk simpanan atau bayar hutang

Perancangan kewangan peribadi ialah perkara yang ‘peribadi’ (personalized). Justeru, kaedah 50-30-20 ini mungkin sesuai untuk sebahagian dari kita. Manakala, bagi sebahagian yang lain barangkali perlu mencari kaedah yang lain. Kepada yang mahu kaedah yang lebih straight forward, baca nota ini:

Kepada yang mahu lebih dari itu, sila teruskan membaca:

50 peratus untuk keperluan

Perkara-perkara asas seperti perbelanjaan seperti:

  • Tempat tinggal
  • Makan minum
  • Utiliti
  • Pengangkutan
  • Perubatan

30 peratus untuk kehendak

Benda yang kita mahu, seperti:

  • Shopping
  • Percutian
  • Hobi
  • Hiburan

20 peratus untuk simpanan atau bayar hutang

Ini barangkali berbeza-beza ikut orang. Ada orang mempunyai keutamaan untuk melabur, manakala ada yang lain lebih perlu untuk bayar hutang terlebih dahulu.

Bagaimana?

Selepas dapat gaji dan tolak perbelanjaan statutori seperti cukai, KWSP, Perkeso dan seterusnya berapakah yang tinggal? Seandainya gaji bersih atau pendapatan isi rumah ialah 4 ribu ringgit, maka pembahagiannya menjadi seperti ini:

Keperluan: (0.5 x 4000) = 2000
Kehendak: (0.3 x 4000) = 1200
Simpanan: (0.2 x 2000) = 800

Cabaran

Dalam membuat belanjawan 50-30-20 ini, apa yang kita perlu bersedia ialah be flexible. Ini ialah panduan asas dan bukanlah pembahagian yang tidak boleh diubah langsung. Jadi, kalau tidak tahu nak bermula macam mana, mulakan dengan kaedah ini.

Seterusnya, kita akan dapati ada perbelanjaan yang bercampur antara keperluan dan kehendak. Misalnya perbelanjaan makan minum. Apakah perbelanjaan makan minum yang dapat kita kategorikan sebagai keperluan? Belanja makan minum apa pula yang menjadi kehendak? Jadi kita akan menemui grey area dalam menentukan jenis perbelanjaan.

Dan sudah tentu, tidak semua orang yang dapat membuat kaedah 50-30-20 kerana kos sara hidup yang tinggi dan pendapatan yang diterima setiap bulan adalah di bawah dari garis pendapatan minimum yang diperlukan untuk hidup. Lebih-lebih lagi di kawasan bandar.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: