Bagaimana Pelabur Saham Dapat Mengurangkan Risiko Rugi?

Ini adalah ringkasan yang sangat baik dari rakan pelaburan saya tentang apa yang telah disampaikan dalam Shariah Investing 2018.

Jemput baca penuh ringkasan yang disediakan oleh Tuan Razali Razman, penulis buku Panduan Bijak Melabur menerusi Facebook beliau atau sila teruskan membaca:

Semalam di pesta Jom Labur BM-i patuh syariah Bursa Malaysia, pakar kewangan terkenal Pakdi ada menerangkan tentang betapa pentingnya mempunyai bakul (portfolio) pelaburan, iaitu memastikan kita diversified dengan beberapa saham dalam bakul.

Saya jamin ini bukan cara paling pantas untuk buat duit. Jika anda pegang 10 saham dengan jumlah pelaburan sama dan satu saham naik 50% keuntungan bagi bakul anda hanya 5%. Sebaliknya jika anda miliki satu saham itu sahaja, keuntungan anda ialah 50%.

Persoalannya ialah tahukah anda saham mana yang akan naik 50%? Malah memegang hanya satu saham sahaja juga merupakan cara paling pantas untuk rugi besar. Katalah saham tersebut turun 50%, kerugian anda juga 50%.

Sebaliknya jika anda memegang bakul sepuluh saham tadi, kerugian tersebut hanya 5% dan dengan mudah ditampung jika saham-saham lain mencatat untung.

Ramai pemilik perniagaan menjadi kaya-raya dengan memegang saham hanya satu syarikat, iaitu syarikat mereka sendiri, seperti Bill Gates, Jeff Bezos dan ramai lagi.

Ramai juga kakitangan yang jadi kaya dengan memegang saham ESOS syarikat milik mereka yang telah naik berlipat kali ganda.

Tetapi mereka ini orang dalam. Mereka tahu apa yang berlaku dalam syarikat mereka.

Tetapi lain pula yang berlaku bagi eksekutif Enron dan opsyen saham mereka. Semuanya lebur.

Apabila anda melabur dalam saham sebagai pelabur kecil atau minoriti, anda hanya mendapat maklumat tentang keputusan selepas ia diumumkan.

Anda juga tiada kuasa untuk mempengaruhi keputusan syarikat dan juga persekitaran luar (seperti pertukaran kerajaan umpamanya).

Anda tidak tahu sama ada pengarah melakukan penipuan atau sama ada masalah sedang berlaku. Maklumat yang anda terima tidak begitu lengkap dan lewat.

Sebab itulah kata Pakdi kita sebagai pelabur perlu ada portfolio atau bakul saham. Untuk mengurangkan risiko penumpuan, ketidakpastian dan jurang maklumat dalam pelaburan.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: