Pelaburan Aset Digital Seperti Matawang Kripto di Malaysia

Saya baru sahaja terlibat dalam cryptocurrency.

Sebab yang paling besar ialah sebagai practising financial planner, saya dihujani dengan soalan dari klien berkaitan dengan aset digital ini. Cara terbaik untuk membantu klien dalam perkara ini ialah dengan meletak sendiri sedikit modal dalam pasaran kripto. Dan saya membeli ethereum.

Tak lama selepas saya bermula, pasaran kripto pun jatuh menjunam-junam. Portfolio kripto saya kelihatan seperti portfolio FOMO. Tapi saya ok dengan perkara tersebut. Kalau naik 1000% pun, saya tak jadi jutawan kripto. Kalau loss 80% pun, saya tak jatuh miskin papa kedana dan kehidupan saya masih seperti biasa.

Berikut ialah perkara-perkara yang perlu difahami semasa mahu membeli aset digital.

(1) Volatility. Perkara yang perlu difahami dengan baik ialah dengan aset digital seperti ini ialah pergerakan harganya sangat volatile. Adakah kita bersedia melihat kejatuhan harga seperti ini hanya dalam tempoh 24 jam?

(2) Aspek valuation. Bila kita melabur saham, antara petunjuk yang dapat digunakan ialah kadar Overnight Policy Rate (OPR) yang dikawal selia Bank Negara Malaysia (BNM). Sekiranya kadar OPR naik, yield untuk pelaburan fixed income naik. Sekiranya kadar OPR turun, yield pelaburan fixed income pun ikut turun. Aset digital pula adalah decentralized. Bagaimana nak kira present value of perpetuity?

(3) Zero yield. Seterusnya, aset digital itu sendiri tidak mempunyai apa-apa yield. Tidak ada sales, cost of goods sales dan net profit yang dapat ditunjukkan. Sama seperti emas. Tak ada cashflow yang kita dapat peroleh dengan memilik aset digital. Ini adalah jenis aset yang baru yang sangat berbeza dengan aset dalam pasaran ekuiti dan fixed income. Bagaimana nak buat financial analysis?
.

Walaupun begitu, semua jenis aset mempunyai persamaan.

Apa yang naik mesti jatuh. Tak ada aset yang boleh kekal pada harga yang tinggi. Tidak ada syarikat perniagaan yang boleh kekal menjadi syarikat terbesar untuk berpuluh-puluh tahun. Pasti ada declining period.

Sehingga hari ini, orang masih berharap dengan pasaran aset digital. Ramai yang seronok. Lebih-lebih lagi generasi muda. Antara faktornya barangkali ialah betapa mudahnya nak beli aset digital ini. Semuanya di hujung jari. Dibandingkan nak buka akaun CDS yang lebih panjang prosesnya. Modal yang lebih besar. Dan sudah tentu, ini adalah pasaran yang laju. Sangat laju.

Saya tidak menjangkakan terus rasa kejatuhan pasaran kripto tidak lama selepas membuka akaun. Ya, saya tahu pasaran kripto ini pernah jatuh teruk pada 2018. Tapi hanya melihat di tempat duduk penonton tak sama dengan terlibat sendiri atas padang permainan.

Saya berpendapat kita mesti bersedia menjadi HODLers, atau, mempunyai modal yang lebih dari cukup (bukan cukup-cukup sahaja) apabila pasaran jatuh seperti ini. Jika cepat kecut perut bila tengok kejatuhan harga aset digital, ketahuilah ini bukan untuk kalian.

Lambo anyone?

Baca: Hukum melabur dalam cryptocurrency macam bitcoin


Baca Nota Pakdi menerusi emel: