Apakah Benar Tuduhan Yang Mengatakan Perbankan Islam Itu Back Door Riba?

Pada satu hari Bilal r.a. membawakan Nabi (berselawatlah kamu) 1 sa’ (timbangan kurma) kurma yang berkualiti kepada baginda, lantas baginda pun bertanya sumber kurma tersebut.

Bilal pun menjawab, “Saya ada 2 sa’ kurma yang berkualiti rendah dan saya tukar dengan 1 sa’ kurma berkualiti ini.”

Lantas Baginda pun berkata, “Tidak! Ini adalah riba, jangan buat begitu. Kamu sepatutnya menjual dulu 2 sa’ kurma berkualiti rendah dan hasil jualannya barulah digunakan untuk membeli kurma yang berkualiti tinggi.”

Hadis ini dicatatkan oleh Imam Muslim & Ahmad.
.

Antara pengajaran yang dapat dipelajari ialah:

1. Hadis ini menunjukkan riba dapat berlaku dalam pertukaran barang ribawi. Apa itu barang ribawi? Ada 6 iaitu emas, perak, kurma, gandum, barli dan garam. Ini disebut dalam hadis yang lain.

2. Maka, untuk keluar dari riba, Nabi Muhammad (berselawatlah kamu) pun menunjukkan caranya. Antaranya apabila mempunyai aset:

  • Jual aset dulu untuk mendapatkan wang tunai
  • Dah dapat wang tunai baru dibelanjakan.

3. Secara logik akal, apakah beza transaksi yang telah dibuat oleh Bilal dengan kaedah yang Nabi Muhammad (berselawatlah kamu) ajar? Kesan akhirnya sama, iaitu Baginda tetap dapat menikmati 1 sa’ kurma berkualiti.

4. Namun dalam hukum Islam bukan logik datang dulu, tetapi autoriti Quran dan Sunnah.

5. Seterusnya, apakah kezaliman yang dapat kita nampak dari perbuatan Bilal tersebut? Kan orang selalu berhujah, riba itu zalim. Maka ulama memahami ‘illah dari riba bukan disebabkan zalim. Bab ‘illah ini adalah dalam tajuk qiyas dan perlu kepada perbincangan yang lain.

6. Jadi, hadis ini dapat menjawab tuduhan yang menyatakan bank-bank Islam buat back-door riba. Maklumlah orang kata nak “meminjam” di bank Islam kaedahnya berbelit-belit, pusing sana pusing sini.

7. Dari sinilah terhasil jalan keluar dari riba. Islamic bank dan pelanggannya perlu membuat transaksi jual-beli, menggunakan aset atau komoditi tertentu terlebih dahulu untuk mendapatkan sejumlah duit tunai. Bukannya terus-terus bagi pinjam duit seperti bank konvensional. Walaupun kesan akhirnya sama, iaitu pelanggan berhutang dengan bank.


Seterusnya, baca:

Dapatkan terus Nota Pakdi di emel: