Apa Itu Islamic Financial Planner (IFP)?

Ada yang pernah bertanya kepada saya:

+ Title Islamic Financial Planner (IFP) tu Pakdi cipta sendiri ke?

Barangkali Tuan Puan juga ada terfikirkan soalan yang sama.

Jawapannya adalah seperti berikut.

Islamic Financial Planner (IFP) adalah sijil profesional dalam bidang perancangan kewangan Islam yang dikeluarkan bersama oleh Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM) dan Financial Planning Association of Malaysia (FPAM).

Maklumat lanjut mengenai pensijilan IFP ini dapat baca lanjut melalui link di bawah:

Tentang Islamic Financial Planner

IFP ialah salah satu pensijilan profesional yang membolehkan penerimanya memohon lesen perancang kewangan berlesen.

Mendapatkan pensijilan IFP ini adalah langkah pertama untuk menjadi perancang kewangan berlesen.

Sijil dan lesen adalah dua (2) perkara yang berbeza.

Seorang individu yang ada IFP belum tentu dia ada lesen untuk praktis financial planning. Untuk praktis, seorang IFP perlu memperoleh lesen dari Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia atau Bank Negara Malaysia (BNM) atau kedua-duanya sekali.

Dari sudut perancangan kewangan konvensional, ada pensijilan CFP, RFP atau ChFC. Sudah tentu, persijilan dalam bidang konvensional jauh lebih lama bertapak di Malaysia.

Bidang perancangan kewangan

Setelah memperoleh lesen, barulah seorang perancang kewangan dapat membantu tuan dan puan membuat perancangan kewangan secara patuh Shariah dari aspek-aspek berikut:

  1. Pengurusan aset dan hutang
  2. Pengurusan risiko dan takaful
  3. Pelaburan patuh Shariah
  4. Zakat dan cukai
  5. Pembahagian harta; wasiat, hibah, wakaf, faraid dan pusaka.

Jadi siapa berminat untuk menjadi perancang kewangan berlesen (licensed financial planner) atau wakil penasihat kewangan (financial advisor representative) maka mengambil IFP adalah langkah pertama.

Semoga ini menjawab persoalan Tuan Puan. IFP bukanlah title yang saya reka-reka sendiri untuk syok sendiri.


Seterusnya, baca:

Langgan Nota Pakdi menerusi emel:

Suzardi Maulan (Pakdi)

Pakdi merupakan seorang perancangan kewangan berlesen dan menguruskan portfolio pelaburan untuk individu.