Apa Beza Saham Dengan …

Nampak sama tapi berbeza.

Bila benda dah berbeza, risk-reward lain, malah hukum Shariah pun dapat jadi lain.

Jadi tak boleh la kata – Kenapa saham tu halal tapi forex trading tak boleh pula? @#%#*

Itu menunjukkan kita tak faham pun basic fundamental sesuatu aset yang ada. Asalkan benda tu buat duit, boleh tengok chart, ada trading platform kita pun kata sama.

Saham ialah milikan dalam perniagaan. Bila beli saham, kita jadi pemilik syarikat walaupun pegangan saham tak sampai 1%. Dapat pergi annual general meeting, berhak kepada dividen dan tuntutan pemilikan lainnya.

Bon & sukuk pula ialah IOU. Kita jadi ‘bank’ kepada pengeluar bon & sukuk. Beza dengan saham, pemegang bon & sukuk berpeluang mendapat ‘dividen’ yang tetap dan modal dipulangkan semula 100% selepas tempoh mata.

Warrant merupakan hak untuk membeli. Pembeli warrant hanya beli hak. Belum beli saham lagi. Dikeluarkan oleh syarikat sendiri.

Structured warrant juga merupakan hak untuk membeli. Bezanya ia dikeluarkan oleh third party seperti investment bank. Bukan syarikat itu sendiri.

Option pula sila rujuk structured warrant. Tak pasti kenapa di Malaysia tak guna istilah option.

Futures merupakan kontrak kewangan. Harga dah ditetapkan sekarang. Tapi settlement pada masa hadapan. Contract futures adalah standardized. Tak macam forward contract. Contohnya 1 kontrak crude palm oil futures (FCPO) ialah 25 tan metrik. Sebab tu naik 1 tick, untung RM 25.

American Depositary Receipt (ADR) ialah negotiable certificate yang dikeluarkan oleh bank di US yang mewakili sejumlah saham asing (saham yang tidak tersenarai di pasaran US). ADR ini tersenarai di pasaran saham US. Contoh saham ADR ialah Alibaba.

Exchange traded fund (ETF) dalam bahasa yang mudah merupakan ‘unit trust’ yang didagangkan di bursa. Lazimnya membeli sejumlah saham-saham berstatus indeks untuk tujuan index tracking. ETF mempunyai market price dan net asset value (NAV) tak seperti unit trust yang cuma ada NAV.

Contract for difference (CFD) juga merupakan kontrak kewangan. CFD membolehkan pedagang untung (rugi) capital gain tanpa memiliki aset (seperti saham) itu sendiri.

Forex ialah pertukaran matawang. Jual / tukar matawang A untuk beli / dapat matawang B.

Cryptocurrency di Malaysia dikenali sebagai digital assets dan tidak diiktiraf sebagai legal tender.

Komoditi ialah barang mentah. Basic resources. Biasanya mempunyai manfaat untuk diproses untuk kegunaan kita atas dunia ini. Macam buah sawit boleh diproses jadi minyak masak.

Senarai ini tidak exhaustive. Ini sekadar perkongsian ringkas.

Dari sudut hukum Shariah, sesuatu pelaburan yang disebut itu dapat menjadi berbeza hukum bergantung sama ada diniagakan secara spot, forward atau futures.

Secara tradisional, nak beli 1 tan buah sawit (commodity), pergi jumpa mana-mana pekebun sawit. Bayar, dan dapatlah 1 tan buah sawit. Pandai-pandai lah angkut bawak balik rumah.

Namun melalui crude palm oil FUTURES (commodity futures), yang tak ada kebun sawit pun boleh jual sawit. Yang tinggal atas langit pun boleh beli 25 tan sawit. Sebab apa yang berlaku itu ialah jual beli kontrak sahaja. Bukan jual beli fizikal buah sawit.

Maka sebab itu hukum Shariah boleh jadi berbeza-beza dalam setiap jenis pelaburan yang disebutkan. Sebab antaranya (1) subject matter (2) harga (3) deliverability sudah berbeza.

Yang pertama, situasi jual beli komoditi biasa.

Situasi kedua pula ialah jual beli komoditi secara bertangguh.

Secara umum, beli secara tunai / spot / lani tak ada masalah. Bayar dan dapat barang terus.

Namun disebabkan ada penangguhan / hutang maka hukumnya dapat jadi berbeza.

Sebagai perancang kewangan berlesen (walaupun sijil profesional saya namanya ISLAMIC Financial Planner), saya perlu merujuk kepada mana-mana Penasihat Shariah yang berdaftar apabila melibatkan hukum hakam. Itu adalah bidang kuasa mereka. Saya hanya dapat beri pandangan dan buah fikir dalam perbincangan tetapi bukan mengeluarkan fatwa.

Jika ada keputusan Shariah yang membenarkan, baru lah saya boleh kata OK untuk client saya melabur di tempat yang disebutkan.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: