Ahmad Dawjee Dadabhoy: Pewakaf Tanah di Tengah Kotaraya Kuala Lumpur

Saya tahu mengenai kisah awal individu ini melalui majalah Gila-Gila.

Ya, majalah komik yang diharamkan oleh cikgu-cikgu sekolah ketika itu.

Ada kolum (saya tidak ingat penulisnya) yang menceritakan tentang seorang saudagar kain dari Gujerat yang meninggal dunia pada 24 Januari 1987 tanpa sebarang waris. Meninggal dunia di sebuah flat biasa di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur dan dikelilingi oleh  pelbagai jenis buku.

Almarhum dikatakan telah mewakafkan harta-hartanya sejak 1934 lagi dan di Malaysia beliau memiliki sebidang tanah 0.484 hektar di Jalan Perak, Kuala Lumpur. Ya, golden triangle. Nama almarhum adalah Ahmad Dawjee Dadabhoy.

Saya tidak percaya kisah tersebut pada ketika itu. Maklumlah komik Gila-Gila. Namun 22 tahun selepas itu, saya berkesempatan bersama dengan ramai individu yang terlibat secara langsung dengan hal ini. Terus saya teringat cerita yang saya baca ketika masih kecil itu.

Tanah tersebut kini telah dibangunkan menjadi sebuah bangunan pejabat kelas-A setinggi 34 tingkat yang dikenali sebagai Menara Wakaf Bank Islam. Tabung Haji (TH) sebagai pemberi modal dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai pemegang amanah harta wakaf.

Ketika projek tersebut bermula pada sekitar 2007 nilai hartanah tersebut adalah RM 31.915 juta dan bakal menjadi RM 300 juta setelah selepas tempoh 25 tahun. MAIWP bakal menerima RM 56.6 juta dalam tempoh tersebut dan juga keseluruhan bangunan tersebut selepas tamat tempoh sewaan.

Ini adalah model pembangunan, pelaburan harta wakaf yang sangat berjaya.

Saya maklum ramai masih menjuihkan bibir apabila menyebut perihal wakaf dan majlis agama Islam kerana pelbagai isu wujud. Namun kalau betul caranya model wakaf dapat membantu banyak pihak terutamanya dalam situasi hari ini yang sibuk bercakap mengenai penghapusan PTPTN dan pendidikan percuma.

READ  Nasihat kewangan

Semoga Allah menganugerahkan syurga kepada almarhum.

10 comments

  1. amin007.ledang

    Mungkin kita sudah boleh minta duit dari zakat untuk belajar di menara gading

  2. Saharizam

    Sangat hebat intipati cerita ini, semoga kita dapat mengikuti teladannya.

  3. bau ketiak

    bukan setakat nak wakaf, nak sedekah pun berat woo..

  4. mwadym

    Perkongsian yang menarik..Semoga ramai lagi yang boleh mengikut jejak langkah almarhum..Semoga beliau mendapat keredhaan Allah..Amin

  5. pakdi

    Surau di Menara Wakaf ini juga dapat mendirikan solat Jumaat setiap minggu.

    Ada pilihan lain bagi warga KL bersolat Jumaat, khususnya yang bekerja di sekitar Jalan Pinang, Jalan Perak dan Jln Sultan Ismail.

  6. Sulaiman al-Rajhi: Dari Billionaire Kini Cuma Tinggal Sehelai Sepinggang

    […] Namun kini beliau hanya tinggal sehelai sepinggang. Hartanya telah pun diberikan kepada anak-anaknya dan juga projek-projek wakaf. Ini adalah contoh orang kaya yang beriman yang dapat kita jadikan teladan selain dari kisah Ahmad Dawjee Dadhaboy yang mewakafkan tanahnya di ‘Golden Triangle’ Kuala Lumpur. […]

  7. Tan Sri Azman Hashim Derma RM1 Billion

    […] Blog ini juga ada menulis artikel berkaitan Sulaiman Al-Rajhi yang mewakafkan seluruh hartanya untuk Islam. Serta tentang kisah seorang hartawan kain dari Gujerat yang mewakafkan sebidang tanah di Golden Triangle Kuala Lumpur. […]

  8. Sue

    Hasil daripada harta wakaf tu disalurkan ke mana??
    Klu betul org yg menguruskan harta wakaf tu rasanya takda org miskin kat Malaysia ni… Harta wakaf zakat semua byk..

  9. Siapa kata ‘Harta Tidak Boleh Bawa Masuk Kubur’? | WARUNGBOOKU

    […] Anda tahu siapa Ahmad Dawjee Dadabhoy? Beliau adalah orang kaya yang telah mewakafkan hartanahnya yang berada di kawasan ‘golden triangle di Kuala Lumpur untuk dijadikan surau. Almarhum dikatakan telah mewakafkan harta-hartanya sejak 1934 lagi. Anda boleh baca kisah beliau di sini. […]

  10. Rahmah

    Lebih tinggi nilai lebih berat tanggungan amanah yg akan di jawab nti. Semoga menafaat nya sampai dan Telus. Tk atas info .

Comments are closed.