Ahmad Dawjee Dadabhoy: Pewakaf Tanah di Tengah Kotaraya Kuala Lumpur

Saya tahu mengenai kisah awal individu ini melalui majalah Gila-Gila.

Ya, majalah komik yang diharamkan oleh cikgu-cikgu sekolah ketika itu.

Ada kolum (saya tidak ingat penulisnya) yang menceritakan tentang seorang saudagar kain dari Gujerat yang meninggal dunia pada 24 Januari 1987 tanpa sebarang waris. Meninggal dunia di sebuah flat biasa di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur dan dikelilingi oleh  pelbagai jenis buku.

Almarhum dikatakan telah mewakafkan harta-hartanya sejak 1934 lagi dan di Malaysia beliau memiliki sebidang tanah 0.484 hektar di Jalan Perak, Kuala Lumpur. Ya, golden triangle. Nama almarhum adalah Ahmad Dawjee Dadabhoy.

Saya tidak percaya kisah tersebut pada ketika itu. Maklumlah komik Gila-Gila. Namun 22 tahun selepas itu, saya berkesempatan bersama dengan ramai individu yang terlibat secara langsung dengan hal ini. Terus saya teringat cerita yang saya baca ketika masih kecil itu.

Tanah tersebut kini telah dibangunkan menjadi sebuah bangunan pejabat kelas-A setinggi 34 tingkat yang dikenali sebagai Menara Wakaf Bank Islam. Tabung Haji (TH) sebagai pemberi modal dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai pemegang amanah harta wakaf.

Ketika projek tersebut bermula pada sekitar 2007 nilai hartanah tersebut adalah RM 31.915 juta dan bakal menjadi RM 300 juta setelah selepas tempoh 25 tahun. MAIWP bakal menerima RM 56.6 juta dalam tempoh tersebut dan juga keseluruhan bangunan tersebut selepas tamat tempoh sewaan.

Ini adalah model pembangunan, pelaburan harta wakaf yang sangat berjaya.

Saya maklum ramai masih menjuihkan bibir apabila menyebut perihal wakaf dan majlis agama Islam kerana pelbagai isu wujud. Namun kalau betul caranya model wakaf dapat membantu banyak pihak terutamanya dalam situasi hari ini yang sibuk bercakap mengenai penghapusan PTPTN dan pendidikan percuma.

Semoga Allah menganugerahkan syurga kepada almarhum.


Baca Nota Pakdi menerusi emel:

10 thoughts on “Ahmad Dawjee Dadabhoy: Pewakaf Tanah di Tengah Kotaraya Kuala Lumpur

  1. Perkongsian yang menarik..Semoga ramai lagi yang boleh mengikut jejak langkah almarhum..Semoga beliau mendapat keredhaan Allah..Amin

  2. Surau di Menara Wakaf ini juga dapat mendirikan solat Jumaat setiap minggu.

    Ada pilihan lain bagi warga KL bersolat Jumaat, khususnya yang bekerja di sekitar Jalan Pinang, Jalan Perak dan Jln Sultan Ismail.

  3. Hasil daripada harta wakaf tu disalurkan ke mana??
    Klu betul org yg menguruskan harta wakaf tu rasanya takda org miskin kat Malaysia ni… Harta wakaf zakat semua byk..

  4. Lebih tinggi nilai lebih berat tanggungan amanah yg akan di jawab nti. Semoga menafaat nya sampai dan Telus. Tk atas info .

Comments are closed.