$100 Start Up

Sebuah buku yang menarik untuk dibaca.

Sarat dengan kisah-kisah yang menginspirasikan.

Kisah kejayaan usahawan yang bermula dengan apa yang ada di tangan dengan modal serendah $100 sahaja. Penulis memasukkan kajian kes sebenar menunjukkan mereka yang bermula dengan modal yang minimum juga mampu menjana pendapatan sehingga ratusan ribu dollar sebulan sekaligus membuktikan bahawa modal bukan lagi suatu halangan pada zaman sekarang.

Penulis, Chris Guillebeau, merupakan seorang usahawan, traveller, penulis buku, menjalankan perniagaan ketika sedang mengembara ke seluruh dunia dengan hanya berbekalkan laptop dan talian internet sahaja.

Dalam tempoh 11 tahun, beliau telah mengembara ke 193 buah negara di seluruh dunia. Ini bermakna, di dalam setahun, 17 buah negara akan dilawati bersamaan 1-2 buah negara sebulan.

Wow. Pencapaian yang menarik.

3 Kajian Kes

1. Brandon Pearce merupakan seorang guru piano yang menetap di Utah. Kerjaya sebagai guru piano merupakan kerjaya yang diminati beliau. Tetapi, masalah utama yang dihadapi oleh beliau adalah dari sudut pengurusan. Amat melecehkan untuk melakukan kerja-kerja pengurusan seperti penjadualan kelas, mengutip yuran, kelas ditunda, pelajar tidak hadir, silibus pembelajaran dan sebagainya. Beliau melihat masalah itu sebagai peluang untuknya melakukan sesuatu. Akhirnya Music Teacher Helper diwujudkan untuk membantu para guru muzik menguruskan aktiviti mereka. Hasilnya, bisnes tersebut memberi pulangan sebanyak $360,000 setahun.

2. Pakar Spreadsheet/Excel. Itulah gelaran bagi Bernard Vuka. Seorang programmer dan developer yang mahir menggunakan aplikasi spreadsheet. Beliau membantu syarikat-syarikat untuk membina dan mengubah suai spreadsheet application bagi menguruskan jumlah data yang besar. Selepas berjaya mendapat $720 sehari, beliau menumpukan perhatian untuk mengembangkan lagi bisnes tersebut.

3. Kyle Hepp memulakan perniagaan sebagai jurugambar perkahwinan selepas beliau terlibat di dalam kemalangan dan dalam masa yang sama suaminya diberhentikan kerja. Tidak ada sumber pendapatan menyebabkan mereka mencari idea untuk mencari duit bagi menampung kos hidup seharian. Beliau tidak menyangka kemahiran yang ada pada dirinya boleh dijadikan sebagai perniagaan yang menguntungkan. Beliau kini mendapat undangan dari seluruh dunia dan perniagaan beliau menjana $90,000 setahun.

Banyak lagi kajian kes dan kisah kejayaan yang diceritakan di dalam buku ini. Semuanya bermula dengan apa yang ada di tangan dan secara kecil-kecilan.

5 Nasihat Chris Guillebeau

1. Gunakan kemudahan teknologi yang ada untuk memulakan perniagaan dengan kos yang rendah.

2. Over deliver. Berikan servis yang terbaik kepada pelanggan.

3. Giving value. Bantu orang lain merupakan faktor terpenting di dalam bisnes. Jika bisnes kita dapat membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka, memudahkan kerja mereka, maka bisnes tersebut pasti mendapat sambutann.

4.  Buat keputusan bisnes apa yang kita mahu mulakan. Kita tidak boleh buat semua perkara di dalam satu masa. Benda yang kita mahir boleh dijadikan sebagai perniagaan, Masalah orang lain juga merupakan peluang untuk kita buat duit. Yang penting adalah bermula walaupun serendah $100.

5. Work on business. Fokus untuk mengembangkan perniagaan sedia ada. Apabila bisnes semakin berkembang, pemilik bisnes perlu mengurangkan kebergantungan bisnes tersebut kepadanya. Bisnes tetap berjalan walaupun pemiliknya tiada.

Banyak lagi nasihat dan panduan yang diberikan oleh penulis di dalam buku ini. Setiap nasihat disertakan dengan contoh dan ilustrasi supaya pembaca dapat memahami dengan lebih jelas apa yang ingin disampaikan. Amat sesuai bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan dengan kos yang rendah.

Selamat membaca 🙂


Baca Nota Pakdi menerusi emel:

7 thoughts on “$100 Start Up

  1. wah… apa saja kemahiran boleh menghasilkan pendapatan kepada kita. Masalah orang adalah punca rezki jika tahu menyelesaikan masalah itu dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti.

  2. hm..teknik yg kebanyakan jutawan gunakan skang ni..contoh: Dr.AzizanOsman..
    inspired..gud job

  3. Saya beli di Popular kalau tak salah buku ni. Memang menarik sebab ada pengalaman individu yang berjaya. Dari dah tak ada duit, boleh jadi kaya raya.

    Kesimpulan saya dapat dalam buku ni, kita biasanya boleh berjaya kalau itu sahaja sumber modal yang ada untuk buat duit @ terdesak sbb kesempitan.

  4. Saya dah baca buku ni. Alhamdulillah, ia memang buku yang sangat bagus. Saya rekomen sesiapa yang baru mula bisnes membacanya. 🙂

Comments are closed.