Beberapa orang Sahabat datang berjumpa Nabi Muhammad saw dan memberitahu ada para sahabat yang kaya dapat buat lebih banyak pahala. Mereka bersolat, kami bersolat. Mereka berpuasa, kami berpuasa. Dan mereka bersedekah dengan harta mereka. Lantas Nabi Muhammad saw pun memberitahu ada banyak cara untuk bersedekah dan kalimah tasbih, tahmid dan tahlil juga merupakan satu cara bersedekah.
Dari kisah ini kita dapat mengetahui pada zaman Nabi, golongan Sahabat yang tidak atau kurang berharta ini cemburu dengan golongan Sahabat yang berharta disebabkan mereka tidak mampu bersedekah. Ini kerana sedekah dan sedekah jariah atau amalan berwakaf merupakan satu dari tiga cara yang ada supaya kita semua dapat memperoleh pahala yang berterusan sampai hari kiamat.
Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.
Hadis Riwayat Muslim
Sedekah jariah ini merupakan sedekah yang membolehkan kita mendapat pahala yang berterusan seperti mengalirnya air di sungai. Sungai yang ada pada hari ini sudah mengalir lama sejak kita belum lahir lagi. Malah akan terus mengalir, dengan izin Allah, walaupun kita telah meninggal dunia. Itulah sedekah jariah ataupun wakaf.
Kefahaman seperti inilah yang menyebabkan para sahabat yang kaya berlumba-lumba mewakafkan harta mereka sehingga menimbulkan rasa cemburu di kalangan sahabat yang kurang berkemampuan.
Satu hari, Saidina Umar al-Khattab menyatakan hasrat untuk mewakafkan kebun kurmanya di Khaibar, Nabi Muhammad saw pun berkata:
Tahan (wakaf) kebunnya dan sedekahkan hasilnya.
Maka selagi mana kebun itu diuruskan dengan tadbir urus yang baik dan mengeluarkan hasil, maka selagi itulah Saidina Umar r.a dapat memperoleh pahala yang berterusan.
Alhamdulillah, hari ini kita sudah dapat membuat amalan wakaf seperti ini walaupun belum lagi mempunyai sejumlah harta yang besar. Amalan wakaf tidak terhad kepada tanah yang besar semata-mata. Malah dengan unit amanah juga kita sudah dapat berwakaf dengan mudah.
Kita sudah dapat berwakaf melalui Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Semua pemegang unit ASNB yang berumur 18 tahun dan ke atas, waras dan tidak muflis dapat melakukannya. Dengan syarat unit amanah yang ingin diwakafkan itu adalah milik penuh, iaitu tidak dicagarkan melalui pembiayaan atau telah dihibahkan.
Jumlah minimum wakaf ialah RM 1,000 untuk unit amanah berharga tetap dan 1,000 unit untuk unit amanah harga berubah. Pelabur tidak mempunyai had maksimum untuk mewakafkannya dan untuk ASB dan ASB2, tertakluk kepada had maksimum pelaburan individu.
Tiada yuran dikenakan untuk berwakaf. Namun tuan puan kena faham, wakaf yang telah dibuat tidak boleh dibatalkan, dipulangkan semula atau dipinda kerana setelah prosesnya selesai, unit-unit tersebut akan dipindah milik kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) selaku pemegang amanah.
Selain itu pewakaf juga berpeluang mendapat potongan cukai pendapatan tertakluk kepada 10% daripada pendapatan agregat pewakaf bagi tahun tersebut seperti ilustrasi berikut:
Alhamdulillah, saya sebagai perancang kewangan Islam dan berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti sangat mengalu-alukan kemudahan berwakaf seperti ini. Wakaf merupakan komponen terakhir yang melengkapkan komponen-komponen perancangan kewangan Islam selain dari bersedekah dan berzakat.
Cari duit cari duit juga, tetapi bekalan di akhirat juga dah kena sedia dari sekarang.
Melalui wakaf ASNB ini saya menjadi lebih yakin dana wakaf ini diuruskan dengan lebih profesional dan telus. Saya tak perlu tunggu ada duit yang banyak untuk beli ‘kebun kurma’ 30 tahun lagi untuk mula berwakaf.
Dari sebahagian pelaburan di ASNB sedia ada, saya dah boleh terus mewakafkan ‘kebun kurma’ sedikit demi sedikit dari sekarang. Hasil pelaburan yang diterima dapat terus diagihkan ke projek-projek wakaf bawah sektor kesihatan, pendidikan dan pemerkasaan komuniti yang ditetapkan oleh jawatankuasa bersama antara ASNB Wakalah, MAIWP dan ahli bebas.
Sebagai pewakaf, saya sudah tentu berasa seronok apabila menerima laporan yang memaklumkan ke manakah hasil wakaf saya disalurkan. Laporan seperti ini merupakan satu permata yang hilang pada zaman sekarang. Kita derma sana derma sini tetapi ‘terhenti’ macam itu sahaja. Mudah-mudahan ini menjadi penanda aras untuk institusi wakaf yang lain supaya melaporkan kemana perginya hasil wakaf setiap tahun.
Marilah kita sama-sama berwakaf supaya dapat memulakan sumber pahala yang berterusan dari sekarang.
Alhamdulillah saya telah melakukannya. Saya melakukannya secara online melalui aplikasi MyASNB. Senang sahaja prosesnya. Menerusi aplikasi MyASNB, semuanya dapat dilakukan melalui telefon pintar, di mana-mana sahaja,
Sila scan QR code yang tertera untuk bermula.
Atau, tuan puan dapat melakukannya dengan pergi ke 32 cawangan ASNB berdekatan.
Untuk info lanjut sila ke asnb.my/wakaf