Wahai Anak Muda, Sesungguhnya Perkahwinan Itu Bukan Sekadar Halal Pegang Tangan

Nabi Muhammad (berselawatlah kamu) berpesan.

Kepada anak-anak muda.

Siapa yang sudah ada berkeinginan untuk berkahwin, supaya berkahwin.

Hadis yang sama juga menyebut, tetapi sekiranya tidak mampu, maka hendaklah anak-anak muda ini berpuasa. Awal hadis ini menggesa anak-anak muda supaya berkahwin dengan syarat sudah ada kemampuan.

Maksudnya berkahwin itu ada syaratnya. Bukan sekadar menghalalkan pegang tangan dan hubungan seks.

Maka apakah maksud Rasulullah saw dengan ‘mampu’?

  • Mampu buat kenduri kahwin?
  • Mampu menyediakan hadiah-hadiah seperti wang hantaran, cincin, sepersalinan pakaian dan sebagainya?
  • Mampu pergi honeymoon ke Paris?
  • Mampu dari sudut seksual?
  • Mampu menyara isteri dan keluarga selepas perkahwinan?

Saya berpendapat ‘mampu’ itu lebih merujuk kepada kehidupan selepas berkahwin. Bukan sekadar kenduri kahwin, hadiah perkahwinan dan berbulan madu. Iaitu seorang lelaki, suami dan bakal bapa ini mesti sudah mempunyai pendapatan & harta untuk menyara isteri & keluarga.

Ya, perkahwinan ini bukan sekadar nak menghalalkan pegang tangan, menghalalkan perhubungan seks lelaki perempuan tetapi lebih dari itu.

Maka sekiranya anak-anak muda terpaksa berhutang untuk berkahwin, apakah dia sebenarnya sudah mampu untuk melayari bahtera perkahwinan?

  • Makan untuk isterinya.
  • Rumah untuk isterinya.
  • Pakaian untuk isterinya.
  • Elaun tunai untuk isterinya.
  • Upah untuk isteri yang menyusukan anaknya.
  • Dan lain-lain.

Maka untuk mendepani cabaran mampu hidup selepas berkahwin ini, sebaiknya kita sudah mempunyai perancangan kewangan tersendiri sejak kita jatuh cinta lagi. Bukan senang nak hidup berumah tangga jika akaun bank sendiri masih tunggang langgang lagi.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: