Sejauh Mana Pelaburan Kita Dah Untung?

Sebagai pelabur, kita mesti track setiap pembelian yang dibuat. Tidak boleh agak-agak lagi. Modalnya berapa, untungnya berapa ?

Pelabur bijak melakukan tracking seperti ini:

  • Tarikh beli
  • Harga beli
  • Jumlah unit
  • Kos; brokerage fee / clearing fee / sales charge
  • GST / SST
  • Jumlah dividen yang diterima
  • Catatan sebarang aktiviti korporat seperti share split, right issuance, spin off dan sebagainya.

Selepas jual catat perkara yang sama:

  • Tarikh jual
  • Harga jual
  • Kos; brokerage fee / clearing fee / sales charge
  • GST / SST

Selepas itu kiralah berapa total return on invesment.

Kemudian kira berapa pula annualized return, iaitu keuntungan secara terkompaun yang juga disebut sebagai compound annual growth rate (CAGR).

Jangan guna kiraan pulangan purata.

Modal 10 Ribu Jadi 25 Ribu

Jika kita ada pelaburan yang untung macam ni. Kena tahu dulu berapa lama pelaburan itu telah dibuat. Saya andaikan ini berlaku dalam tempoh 10 tahun.

Berikut ialah kiraan keuntungan yang dapat ditunjukkan:

Total return: 150%
Average return: 15%
Annualized return: 9.6%

Apa yang tidak ada dalam contoh ini ialah, yearly return.

Pelik kan. Maklumat modal, return dan tempoh pelaburan yang sama. Tetapi menghasilkan kiraan untung berbeza-beza.

Sebagai pelabur kita perlu mengetahui perbezaannya.

Ini kerana wujud misleading dalam pasaran yang mana sesuatu pelaburan itu digambarkan dapat untung 15% tapi pada hakikatnya cuma untung 9.6%

Kenapa nak buat misleading? Nak push product. Nak claim produk pelaburannya adalah yang terbaik. Dan sebab yang claim macam tu tak ada ilmu yang betul pasal pelaburan. Cuma nak menjual produk dan dapat komisyen aje.

Apabila kita faham pasal perbezaan return, maka otak kita akan menjadi lebih rasional sebab dari sini kita dapat mengerti sesungguhnya:

1. Pelaburan adalah volatile. Bukannya tiap tahun untung 15%. Mungkin ada tahun yang rugi.

2. Past performance does not guarantee future performance.

3. Ada orang boleh tahan perut tengok volatility, ada orang tidak. Justeru, jika tak diterangkan dengan betul, kita mungkin beli pelaburan yang tak sesuai dengan diri kita.

By default, kita patut tengok dan cari annualized return!


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: