Setiap tahun pasti ada unit trust yang mencatatkan untung yang besar. Seterusnya memenangi anugerah unit trust terbaik.
Masalahnya cuma satu.
Kita tak dapat tahu in advance unit trust apa, dari syarikat yang mana yang bakal dapat return paling tinggi untuk tahun depan. Ini kerana past performance does not guarantee future performance.
Membeli sesuatu unit trust selepas fund itu menjana keuntungan tinggi tahun lepas adalah antara kesilapan yang sering dibuat oleh pelabur. Jadi, mahukah tuan puan tahu cara yang lebih baik dari cara tersebut?
Tuan puan dapat (i) melabur sendiri secara online atau (ii) melabur melalui unit trust wrap account.
Apa yang pelabur dapat dengan unit trust wrap account ialah:
(1) Menerima nasihat pelaburan yang tidak bias. Wrap account bukanlah produk pelaburan tetapi merupakan salah satu platform pelaburan yang dapat ditawarkan oleh seorang licensed financial planner. Dalam platform tersebut ada banyak unit trust yang ditawarkan oleh pelbagai unit trust management companies (UTMC). Dengan ni pelabur memperoleh capaian ke whole unit trust market
(2) Dapat bina portfolio unit trust yang terbaik. Pelabur tidak lagi perlu mendengar sales presentation yang mendakwa hanya satu fund sahaja terbaik, dan hanya satu UTMC sahaja yang paling baik. Ini kerana setiap fund dan UTMC ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Jadi pelabur boleh membina satu portfolio pelaburan seperti ini:
- 20% unit trust I dari syarikat A
- 20% unit trust II dari syarikat B
- 20% unit trust III dari syarikat C
- 40% unit trust IV dari syarikat D
(3) Pengurusan yang mudah. Selepas beberapa tahun, (a) pelabur mendapati dana syarikat B tidak lagi memberikan pulangan yang sepatutnya, maka mudah untuk pelabur menukar kepada pelaburan yang lain.
Atau, (b) mungkin dana syarikat B telah memberikan keuntungan yang banyak. Maka, pelabur dapat mengambil sebahagian keuntungan dan pada masa yang sama terus kekal melabur.
Atau, (c) mungkin keperluan pelabur sudah berbeza. Dulu fokus kepada pasaran tempatan, dan hari ini mahu melabur pula sebahagiannya dalam pasaran luar negara.
Dengan wrap account, mudah sahaja nak buat.
(4) Mendapat ‘penasihat kewangan’ manusia. Melabur dengan licensed financial planner iaitu seorang manusia, dan bukannya mesin. Jadi, wujud komunikasi human to human.
Pengalaman saya sebagai licensed financial planner, selalunya pelabur akan bertanya dalam dua situasi.
- Kalau dah untung nak buat apa?
- Kalau tengah rugi nak buat apa?
Tugas saya ialah membantu pelabur membuat keputusan yang lebih baik.
(5) Mendapat the real advisor. Wrap account membolehkan pelabur mendapat ‘advisor’ yang berada dalam kasut yang sama. Bukan ‘advisor’ yang cuma jual nak produk tetapi the real advisor yang memberikan khidmat nasihat pelaburan yang terbaik. Ini kerana insentif seorang licensed financial planner berkadar terus dengan keuntungan yang diterima pelabur.
Tuan puan dapat menghubungi mana-mana licensed financial planner untuk bermula.