Unit Trust Apa Paling Untung?

Ada macam-macam jenis unit trust.

Setiap unit trust tak diciptakan sama. Kalian dapat baca dulu dalam nota ini.

Baca: Apa Itu Unit Trust?

Unit Trust Yang Untung Paling Banyak

Soalan itu susah dijawab kerana tidak ada cara untuk tahu fund mana yang dapat mencatat return terbaik untuk tahun akan datang. Apa yang kita tahu cuma prestasi yang lepas.

Ingat baik-baik.

Past performance doest not guarantee future performance.

Ayat ni tertulis dalam prospektus unit trust dengan jelas dan terang. Ejen yang tak bertanggung jawab sahaja yang menjanji gerenti untung.

Apa yang saya dapat kongsikan, secara teorinya unit trust yang ada potensi dapat untung paling banyak ialah unit trust dalam kategori ekuiti. Jadi carilah unit trust dalam kategori tersebut.

Kena fahamlah, high risk – high return.

Maka apa yang saya dapat kongsikan ialah cara memilih unit trust yang lebih baik dengan mengelakkan 3 perkara ini.

1) Jangan Beli Unit Trust Sebab Tahun Lepas Menang Anugerah

Selalunya sesuatu unit trust itu menjadi popular apabila mencatat keuntungan paling tinggi seterusnya menang anugerah tertentu.

Malangnya unit trust yang dilaporkan mencatat keuntungan paling tinggi sesuatu tahun, tidak semestinya menang pada tahun berikutnya dan akan datang. Sila rujuk nota-nota berikut:

Berdasarkan data kemaskini Disember 2016, seandainya kita membuat pelaburan lump sump pada 2012 berdasarkan fund ekuiti yang pernah menang anugerah pada 2012. Maka ini yang berlaku:

  • Kenanga Syariah Growth mencatat annualised return 5 tahun 7.81%.
  • Manakala Pacific Dana Aman ialah 3.08% Bukan lagi menjadi dana yang paling menguntungkan. Sebab ada dana unit trust dalam kategori yang sama ada yang memperoleh¬†annualised return setinggi 13.35% & 11.41%

2) Jangan Beli Unit Trust Semata-mata Hukum ASB Haram

Maksudnya bukan tak boleh beli unit trust.

Tapi sebabnya mesti berdasarkan financial reason.

Sekiranya tidak berpegang kepada fatwa harus melabur dalam ASB, simpan dulu dalam Tabung Haji sampailah kita jumpa financial reason yang sepatutnya.

Alternatif ASB bukan semudah beli mana-mana unit trust patuh Shariah. Itu tidak betul dari sudut fiqh al-istithmar.

3) Jangan Beli Dengan Ejen Yang Promosi Return 10% – 15% Setahun

Unit trust jenis ekuiti banyak dipromosikan dengan gambaran return seperti ini.

Kebanyakan unit trust ekuiti adalah untuk capital growth serta mempunyai index benchmark tersendiri dan bukannya untuk memberikan pendapatan tahunan macam ASB dan Tabung Haji. Maka tidak wajar menjanjikan, menggambarkan dan memberi harapan tiap-tiap tahun dapat return semacam itu.

Berikut ialah prestasi tahunan satu dana yang patuh Shariah dan ianya sering dipromosikan oleh ejen-ejen mereka. Annual return sebenarnya adalah turun naik malah ada tahun-tahun yang rugi! Apa yang sepatutnya dilihat ialah prestasi dana tersebut dibandingkan dengan benchmark yang diguna pakai.

Jadi apakah yang dimaksudkan dapat return 10% – 15% tu ?


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: