Tak Tahu Nak Melabur Apa? Saya Kongsi 10 Pelaburan Ini

1. Fixed Deposit Bank

Antara “pelaburan” terawal yang pernah saya buat ialah fixed deposit (FD). Saya buka di salah sebuah cawangan perbankan Islam tempatan. Kadar untungnya waktu itu dalam 3.xx peratus setahun untuk tempoh 6 bulan kalau tak silap.

Apa yang saya tak tahu ialah waktu itu ialah 3 peratus itu dikira secara harian. Kena bahagi 365 hari. Bukan lepas 6 bulan dapat 3 peratus. Ho ho ho.

2. Unit Trust 

Kemudian saya berkenalan dengan unit trust. Ceritanya masa zaman belajar saya entah macam mana pergi ke booth sebuah agensi syarikat unit trust tempatan ni, dan ada ejen tunjuk betapa mudahnya untung 10 – 15 peratus setahun.

Teruja beb dengar.

Syarikat ini dah tak ada pun, dah “dimakan” oleh syarikat lain yang lebih besar. Kemudian, saya pun labur dalam satu unit trust yang tahun sebelumnya buat untung 77%. Dan padan muka! Unit trust ni pun dah tak ada. ha ha ha.

3. Derivatif

Selepas itu barulah jumpa Bursa Malaysia. Waktu zaman 1 lot masih 1000 unit. Dan sebab darah muda, berlagak tak mahu mula dengan saham tetapi terus nak terlibat dengan derivatives market. Derivatif ini secara umumnya ada 3, komoditi, equity financial. Dah rasa untung 500 sehari. Dan juga rugi 500 sehari. Lebih dari itu pun pernah.

4. Saham

Selepas bawa ‘Ferrari’ dan tak tahan kalau “rosak” barulah pilih kenderaan yang perlahan sikit. Saham. Sebab dah terlibat derivatif dulu, jadi saya tak hairan dengan turun naik harga saham sangat. Jadi bila orang kata saham itu high risk, saya senyum sahaja. Alhamdulillah tak ada major accident. Tercalar sikit itu biasalah.

5. Exchange Traded Fund

Dengan terlibat dalam saham, baru kenal Exchanged Traded Fund. ETF. Pelaburan “unit trust” yang ada di Bursa Malaysia dengan kos yang lebih rendah. Strategi indeks. ETF emas patuh Shariah pun sudah ada sekarang.

6. Real Estate Investment Trust

Dari sini juga membawa kepada perkenalan dengan pelaburan Real Estate Investment Trust (REIT). Pembelian saham syarikat yang mampu melabur untuk beli hartanah-hartanah mahal semacam Petronas Twin Tower. Cara beli REIT sama macam beli ETF. Sama macam beli saham.

7. Warrant

Disebab saya beli saham maka saya pernah dapat warrant. Walaupun warrant ini boleh dibeli macam tu sahaja, tapi saya dapat warrant secara “percuma”. Bonus dalam bentuk warrant. Jadi, lepas dapat warrant tu saya dapat jual dan terus rasa profit atau tukar warrant tu jadi saham. Sebab masa tu bodoh lagi, saya tak buat apa sampai expiry date. Kah kah kah.

8. Wrap Account Unit Trust

Lepas ada lesen financial planner, saya berkenalan pula dengan cara melabur unit trust melalui wrap account. Melalui wrap account, pelabur tak perlu bayar sales charge tetapi cuma bayar service fee setiap kali capital injection dan juga annual advisory fee. Sesuai untuk siapa yang nak advisory fee secara berterusan dari financial planner.

9. Dana Borong

Kemudian tahu tentang kewujudan wholesale fund. Unit trust yang dikhususkan oleh sophisticated investor sahaja. Iaitu individu yang ada paling kurang investable asset sebanyak 3 juta ringgit.

10. Mandat Persendiran

Seterusnya ialah managed account atau private mandate. Khusus untuk mereka yang ada modal nak melabur dalam saham di Bursa Malaysia tetapi tak ada masa nak uruskan sendiri.


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: