Macam mana orang sibuk melabur saham?

Melabur saham adalah kerja yang berterusan. Tak ada lah boleh goyang kaki sangat.

Jadi saya nak terang dahulu empat (4) langkah bagi orang yang nak melabur saham secara do-it-yourself (DIY)

Pertama – tetapkan tujuan melabur saham.

Ada orang nak melabur saham untuk dapat duit tiap bulan.

Ada pula yang dapat dividen saham.

Seterusnya ada yang nak accumulate wealth dengan saham untuk tujuan persaraan.

Kedua – membuat kajian saham

Setelah tahu tujuan kenapa nak melabur saham, barulah kita boleh pilih strategi yang bersesuaian. Ada banyak strategi pelaburan saham ni. Secara mudahnya ada dua pendekatan yang dapat digunakan:

(i) Analisis teknikal. Cara ini selalunya mereka yang nak dapat untung jangka masa pendek.

(ii) Analisis fundamental. Ini pula ialah untuk mereka yang berhasrat buy & hold untuk jangka masa panjang.

Kajian saham ini merupakan aktiviti yang kita mesti minat dan suka buat. Kerana kajian saham perlu dibuat secara berterusan. Jika tak minat membuat kajian saham, susah nak konsisten melabur saham sendiri.

Tapi jika tidak melabur, macam mana duit simpanan kita nak berkembang? Teruskan membaca.

Ketiga – buat portfolio saham

Tahu saham apa nak beli cuma sebahagian sahaja kemahiran yang diperlukan. Pelabur saham masih perlu tahu perkara-perkara berikut antaranya seperti:

  • Berapa banyak saham kena beli.
  • Bila nak ambil profit.
  • Kalau nak ambil profit, nak jual semua ke jual sikit-sikit dulu.
  • Bila nak jual saham waktu rugi a.k.a cut loss
  • Bila patut beli lagi saham-saham tu?

Ini adalah sebahagian soalan yang pelabur DIY kena jawab.

Keempat – menilai untung rugi

Main bola seronok-seronok waktu petang pun kita kira berapa gol pasukan kita dah masukkan. Begitu juga dalam pelaburan. Jika sekadar nak berseronok buang duit, kasino ada. Maka, jangan sampai kita ini ‘berjudi’ dalam pelaburan kita.

Maka, kita kena tahu membuat penilaian untuk portfolio pelaburan kita sendiri dan bagaimana nak baiki dari masa ke masa.

Pilihan bagi yang tak ada banyak masa nak urus sendiri

Kita tidak ada pilihan untuk tidak melabur. Mahu tidak mahu kita perlu melabur. Cuma yang membezakan adakah kita nak urus pelaburan saham sendiri atau tidak.

Maka, bagi tuan puan yang sibuk dapat buat salah satu dari cara ini:

1. Single stock portfolio.

Beli satu saham sahaja dan peram. Saham tersebut mestilah saham yang berkualiti. Jadi kena la tahu cara baca financial statement dan buat stock valuation. Yang ini kena masuk kelas yang ajar analisis fundamental. Tak semestinya tunggu harga harga diskaun dari nilai. Ada duit lebih beli lagi.

Jadi boleh fokus kepada 1,2 syarikat sahaja.

2. Guna passive invesment strategy.

Portfolio kita ada ETF atau index fund. Masalah di Malaysia ni, ETF tak berapa nak ada volume. Modal kecil ok. Modal besar, pening kepala. Kalau buka akaun trade US market, tak ada masalah. Beli ETF US je. Boleh juga pakai Wahed Invest (sebab ini robo adviser yang Shariah Compliant).

Dapat bermula dengan modal rendah.

3. Gunakan khidmat CMSRL license holder

CMSRL ialah kependekan Capital Market Services Representative‚Äôs License. Iaitu individu berlesen dalam pasaran modal. Cari individu yang boleh advise tentang saham.

Antaranya financial planner with expanded scope, fund manager. Khidmat ini mestilah ada fee. Takkan nak buat kerja percuma pula.

Financial planner yang boleh advice saham ni dapat beri nasihat end-to-end pasal portfolio pelaburan saham kepada klien mereka. Klien tak perlu fikir seorang diri pasal saham apa nak beli, banyak mana nak beli, bila nak jual dan seterusnya. Tak perlu habiskan banyak kos, masa dan tenaga untuk pergi ke kelas-kelas saham.

Cara ini perlu ada modal permulaan yang lebih besar.