Tabung PRS: Simpan 1 Ribu Dapat Lagi PERCUMA 1 Ribu

Baru minggu lepas, klien saya update. Kata mereka insentif percuma RM1,000 (contribution type: government) dah masuk ke akaun Private Retirement Scheme (PRS) masing-masing.

Bukan klien je gembira, saya pun seronok dapat bantu belia menyimpan untuk masa depan. Tak terungkap dengan perkataan. Rujuk gambar.

Saya faham ramai yang masih ragu-ragu dengan tabungan PRS ni. Walaupun PRS telah lama diperkenalkan sejak tahun 2012.

Yelah terlalu banyak scammer yang menjanjikan bulan bintang. Sampai orang ramai ada stigma tentang benda PERCUMA waima ini adalah insentif kerajaan.

Masa 2014, insentif percuma yang ditawarkan kepada belia cuma RM500 sahaja apabila menyimpan RM1,000. Namun sejak Bajet Negara 2017 dikeluarkan, kerajaan telah beri peruntukan sebanyak RM165 juta untuk beri insentif percuma RM1,000 kepada golongan belia yang menyimpan minimum RM1,000 dalam akaun PRS.

Mungkin ada yang masih buntu. Apa kebenda nya PRS ni?

1. Apa itu PRS?

PRS ialah satu skim pelaburan yang bersifat sukarela untuk jangka panjang. Ia direka khas untuk membantu individu atau majikan membuat simpanan untuk persaraan mereka. Sebenarnya PRS ini adalah tabung tambahan kepada caruman wajib KWSP. Konsep tabung PRS ini lebih kurang sama macam KWSP, duit yang disimpan dalam ni hanya boleh dikeluarkan bila capai umur 55 tahun.

2. Sub-akaun A dan B

Sama seperti KWSP, PRS juga dibahagikan kepada 2 akaun iaitu, sub-akaun A dan B. Untuk sub-akaun A, hanya boleh dikeluarkan apabila penyimpan berusia 55 tahun. Untuk sub-akaun B pula, dibenarkan untuk keluarkan setahun sekali. Akan tetapi caj penalti 8% akan dikenakan pada setiap keluaran. Jadi lupakan je lah untuk withdraw. Biarkan je duit untuk persaraan.

3. Siapa Patut Ada Tabung PRS?

i. Belia yang berumur antara 20 hingga 30 tahun pada tahun ini

Iaitu lahir tahun 1987 hingga 1998 (1987 belum birthday). Untuk golongan belia, sama ada pelajar, penganggur atau telah bekerja. Anda boleh menyimpan minimum RM1,000 dan dapat insentif percuma daripada kerajaan sebanyak RM1,000. Rugi sangat kalau tak ambil tau. Ibu ayah tolong take note jika ada anak-anak dalam lingkungan umur 20-30 tahun ya.

Bila akan terima PERCUMA RM1,000 dari kerajaan tu? Siapa yang menyimpan dalam tempoh Januari hingga Jun 2018, terima RM1,000 tu sekarang (Oktober-November 2018). Siapa yang invest Julai hingga Disember 2018, terima RM1,000 tu tahun depan April-Mei 2019.

Nota: Oleh kerana kerajaan baru tidak mahu menyambung, maka tarikh tutup untuk dapatkan percuma RM1,000 akan berakhir pada 31 Disember 2018. Jangan lepaskan peluang keemasan ni ya.

ii. Pekerja kerajaan atau swasta yang membayar cukai

Bagi golongan yang telah melebihi umur 30 tahun, anda masih layak membuka akaun PRS. Sebabnya jika anda mengisytihar cukai pendapatan anda setiap tahun dan ada tabung PRS, maka anda layak mendapat pelepasan cukai sebanyak RM3,000 setahun. Dah la dapat kurangkan cukai (tax saving), silap silap dapat pulak rebat dan tax refund. Seronoknya kan? Boleh buat standing instruction RM250 sebulan atau lumpsum RM3,000 setahun.

iii. Peniaga yang tiada caruman KWSP

Saya tahu ramai peniaga terutamanya yang bekerja sendiri, tak buat caruman KWSP. Mungkin mereka rasa selesa dengan pendapatan yang diraih setiap hari. Tapi mereka lupa, tabung persaraan amat penting untuk menanggung kehidupan mereka di hari tua. Bila dah tua, takkan nak berniaga lagi. Takkan nak susahkan anak menantu. Jadi ini adalah salah satu cara untuk menyimpan.  

iv. Suri rumah yang tidak berpendapatan

Dalam Bajet Negara 2019 baru-baru ni, kerajaan telah perkenalkan i-suri kwsp buat para isteri. Saya sangat setuju insentif yang dikemukan oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah. Selain daripada tu, para suami yang mithali, saya menyeru kepada anda untuk buka satu akaun PRS untuk isteri tersayang. Kalau apa-apa jadi pada anda, sekurang-kurangnya isteri ada simpanan sendiri.

4. Saya Dah Ada KWSP, Perlu Ke Menyimpan?

Jawapannya tak wajib.

Tapi cuba kira baki KWSP anda sekarang. Rasanya cukup tak untuk bersara dengan tenang? Katakan lah anda belanja RM3,000 sebulan dan nak kekalkan perbelanjaan sebanyak tu untuk persaraan. Jadi bila anda berumur 55 tahun dan jangka hayat anda 20 tahun lagi sebelum meninggal, anggaran yang diperlukan adalah RM1juta setelah ambil kira inflasi.   

Jika simpanan KWSP anda cukup RM1juta masa bersara, takde masalah. Macam mana pula kalau tak cukup? Mana lagi duit yang anda nak korek untuk tampung perbelanjaan ketika bersara. Cuba fikirkan. Tabung PRS boleh jadi tabung tambahan untuk persaraan. Lagipun anda tak perlu mencarum setiap bulan. Topup je bila-bila.

5. Cara nak daftar PRS

  1. Cari konsultan PRS berlesen di bawah FIMM.
  2. Buka akaun PRS dengan mengisi borang
  3. Sediakan salinan kad pengenalan
  4. Simpan minimum RM1000
  5. Simpan dan lupakan-tebus pada usia persaraan

Boleh rujuk http://www.ppa.my/prs/about-prs/overview/

Nota ini disediakan oleh seorang konsultan PRS berdaftar:

Ifa Amir
0136377763
zarifah8878@gmail.com


Baca Nota Pakdi menerusi emel: