Situasi pelabur

Pelabur muda dan belum berpengalaman ialah individu yang baru sahaja bekerja beberapa tahun.

Pelabur baru sebegini masih belum mempunyai modal yang besar.

Mereka tetap dapat memulakan pelaburan dengan modal antara 500 – 1000 ringgit. Fasa ini bukan untuk buat duit lagi. Ini adalah fasa untuk belajar menjadi pelabur sebenar.

Keutamaan pada peringkat ini ialah untuk mempunyai disiplin melalui aktiviti menyimpan. 

Justeru, terus simpan 5% – 10% selepas dapat gaji dan namakannya sebagai tabung simpanan pelaburan.

Pelabur ‘middle-class’ ialah individu yang sudah pun mempunyai pendapatan dan kehidupan yang stabil. Kebiasaannya diukur dengan kemampuan untuk settle down seperti sudah membeli rumah sendiri dengan hutang 20-30 tahun.

Pelabur sebegini barangkali sudah ada pengalaman melabur atau belum. Modal pelaburannya juga bergantung kepada gaya hidup yang diamalkan selama ini.

Pendapatan yang stabil membolehkan mereka melabur dengan modal yang lebih besar dari pelabur muda & belum berpengalaman. Takkan masih nak melabur dengan modal bawah 1 ribu lagi.

Keutamaan pada peringkat ini ialah memastikan tabung persaraan adalah on course untuk tujuan persaraan. 

Bagi mereka yang dah mempunyai simpanan 6 angka, mereka sudah berkemampuan untuk melantik golongan profesional untuk menguruskan pelaburan mereka seperti private licensed fund manager.

Baru nak belajar melabur untuk urus sendiri vs terus upah private licensed fund manager adalah opportunity cost yang perlu dikira pada usia ini. Mana yang lebih berbaloi dan kos efektif.

Pelabur veteran pula ialah individu yang sudah hampir dengan usia persaraan atau pun sudah bersara.

Pelabur seperti ini walaupun sudah berusia dan barangkali anak-anak pun sudah mula mempunyai pendapatan sendiri, mereka masih tetap perlu melabur. Gunalah strategi yang berbeza dengan pelabur muda dan pelabur middle-class.

Jangka hayat penduduk Malaysia semakin panjang. Mengikut statistik, ada kira-kira 15 tahun lagi untuk hidup selepas usia persaraan. Faktor perkhidmatan kesihatan yang semakin bagus juga menyumbang kepada perkara ini. 

Keutamaan pelabur pada usia ini ialah memastikan tabung pelaburan sentiasa dapat menjana pendapatan untuk tempoh tersebut dan dokumen yang bersesuaian untuk tujuan estate planning sudah pun disediakan.


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: