Berapa yang kita dapat simpan hari ini menentukan masa depan

Saya suka pesanan Charlie Munger ini. Simple.

“The first $100,000 is a bitch, but you gotta do it. I don’t care what you have to do—if it means walking everywhere and not eating anything that wasn’t purchased with a coupon, find a way to get your hands on $100,000. After that, you can ease off the gas a little bit.”

Benda pertama yang kita perlu buat selepas dapat gaji ialah menyimpan. Simpan dahulu selebihnya baru berbelanja. Bukannya belanja dahulu selebihnya baru simpan. Nak simpan di mana? Maka simpan sahaja di mana-mana tempat yang selamat seperti:

  • Akaun simpanan di bank
  • Akaun fixed deposit di bank
  • Akaun money market
  • Tabung Haji
  • ASB

Berapa banyak nak simpan? Ada dua cara:

  1. Simpan sekurang-kurangnya 10% dari gaji. Ini pesanan biasa financial planner.
  2. Simpan sebanyak mungkin, sampai cukup 100 ribu. Macam pesanan Charlie Munger.
Simpan 10% gaji

Kaedah ini sudah menjadi ‘golden rule’ dalam perancangan kewangan. Simpan sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan. Apa-apa yang terjadi sekalipun, simpan 100 jika gaji 1 ribu. Simpan 200, jika gaji 2 ribu. Simpan 300 jika gaji 3 ribu. Kemudian hidup dengan gaya hidup 90% gaji.

Jika tak mampu simpan sampai 10% sebulan? Simpan dengan berapa yang mampu. Dan pastikan sampai mampu dapat simpan sekurang-kurangnya 10% sebulan.

Simpan sampai ada 100 ribu secepat mungkin

Ini bukan cara biasa.

Cara ini perlu lebih pengorbanan. Simpan sebanyak mungkin. Hidup macam orang tidak berduit. Cari part time income. Sampai cukup 100 ribu dalam simpanan baru rileks sikit.

Kenapa menyimpan?

Simpanan adalah asas dalam menguruskan kewangan kita. Jika tidak ada simpanan, apa pun tak jadi.

Simpanan yang buat itu dapat digunakan untuk:

  • Kegunaan kecemasan
  • Sebahagiannya untuk modal mula melabur
Kegunaan kecemasan

Kita tak tahu bila tangki air rumah rosak.
Kita tak tahu bila nak sakit.
Kita tak tahu bila kereta breakdown.

Benda-benda macam itu. Maka bila berlaku, kita tak perlu berhutang dengan kad kredit. Kita dapat terus ambil tindakan. Tak perlu tangguh-tangguh lagi.

Modal mula melabur

Melabur dengan duit lebih. Dan bukannya nak cari duit lebih setiap bulan dengan melabur. Ini adalah dua konsep yang sangat berbeza.

Melabur ada risiko hilang modal. Menyimpan kita pilih produk yang susah untuk hilang modal. Jadi, bila ada simpanan yang besar, maka kita boleh melihat kejatuhan nilai pelaburan yang sementara dengan hati tenang. Sebab kita hanya gunakan sebahagian simpanan sahaja untuk melabur.
.

Apa-apa pun cara simpanan yang kita pilih, yang penting kita ada menyimpan. Jika langsung tidak menyimpan, maka itulah yang tidak betul.

Kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

Surah Yusuf, 47

 
——-
Webinar Saham PERCUMA
Klik & daftar di sini – pakdi.net/saham101

——-
Webinar Labur Saham secara FA
Klik & beli tiket di sini – pakdi.net/go

——-
Belajar FCPO
Klik & beli di sini – ebook Berani Tade