1. Dalam pelaburan yang paling utama modal. Kemudian, modal tambahan dari aliran tunai. Kenapa?
2. Modal RM 1 ribu, dapat pulangan 5% maka untung ialah 50 ringgit. Manakala, modal RM 100 ribu, dapat pulangan 5% maka untung ialah 5 ribu. Pulangan 5% yang sama, tapi disebabkan modal berbeza, maka jumlah yang masuk dalam poket kita pun berbeza. Sebab itu modal permulaan penting.
3. Namun, modal tambahan jangan dilupakan. Ini kerana dengan modal permulaan 1 ribu semata-mata, nak berganda jadi 2 ribu ambil masa 14 tahun dengan pulangan 5%. Tapi bila mula dengan 1 ribu, dan tiap-tiap bulan tambah 50 ringgit, lepas 14 tahun jumlahnya jadi lebih kurang 14 ribu ringgit.
4. Manakala, yang mula 10 ribu, tiap bulan tambah 500 ringgit, maka dalam tempoh 14 tahun modal tadi pun jadi lebih kurang 140 ribu ringgit.
5. Bila kita faham matematik pelaburan macam ini, maka lazimnya mudah nak elak kena tipu skim cepat kaya. Ini kerana skim cepat kaya suka janji tiap-tiap bulan pasti dapat 5%. Akhirnya, lebur.
6. Bila kita faham faham kuasa kompaun, maka kita dapat bina macam-macam tabung dengan instrumen pelaburan yang ada. Tabung kecemasan, tabung pendidikan anak, tabung persaraan dan seterusnya. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
7. Ada 2 jalan untuk tambah aliran tunai tiap bulan. Supaya kita mampu menyimpan dan melabur secara konsisten. (i) Potong perbelanjaan (ii) tambah pendapatan
8. Cara (i) perlu buat bajet. Supaya kita dapat bezakan mana perbelanjaan keperluan, kehendak dan kemewahan. Boleh gunakan formula 50:30:20. Iaitu 50% gaji digunakan untuk keperluan. 30% peratus untuk kehendak. Baki 20% untuk melabur atau bayar hutang (untuk bagi cepat habis).
9. Cara (ii) perlu buat bisnes part-time. Zaman sekarang nak berniaga dah dapat buat secara onlne. Tak perlu lagi kena buka kedai macam dulu-dulu. Berniaga ni tak mudah, tak dapat tambah aliran tunai sekelip mata. Tapi jika selama ni banyak habiskan masa tengok media sosial, sebenarnya masa nak berniaga itu ada. Tukar tabiat cepat-cepat.
10. Pelaburan ini macam tanam pokok buah. Tanam benih, siram, baja dan jaga baik-baik. Nanti bila pokok tu dah besar, bila usianya sudah matang, maka kita pun makan hasilnya.
Pesanan Penaja – Jom Labur Online
Sekarang kita semua dapat melabur dalam unit amanah ASNB secara online melalui aplikasi MyASNB dan perbankan internet ejen ASNB.
Ini membolehkan kita mengakses akaun secara online dan mendapat kemudahan yang disediakan antaranya portfolio unit amanah, pelaburan tambahan, melihat baki semasa, rekod transaksi, penyata dividen, kemudahan Auto Labur, pra-daftar hibah amanah dan pengeluaran online.
Selain itu ASNB juga menawarkan hadiah-hadiah bulanan bagi pelabur-pelabur yang membuat pelaburan minimum RM 500 dan hadiah istimewa melalui myASNB Pay Day Special bagi yang membuat pelaburan minimum RM 1,000.
Kepada yang masih belum mendaftar MyASNB, kalian juga berpeluang mendapat unit amanah percuma bernilai RM 10 – untuk 1,000 pelabur terawal yang membuat pendaftaran myASNB setiap bulan.
Untuk maklumat lanjut sila klik sini – Jom Labur Online