Saya ada menulis beberapa kali tentang Wahed Invest. Dan ketika nota ini ditulis, sudah kira-kira 2 tahun melabur dengannya. Saya ada berhasrat untuk menulis atau membuat review setiap tahun namun ada 2 perkara besar yang menyebabkan saya membuat keputusan untuk tidak menulis lagi.
Sepanjang 2021, saya perasan ada beberapa kali perubahan di buat terhadap portfolio yang ditawarkan. Saya lebih gemar tawaran portfolio Wahed Invest yang asal. Lebih straight forward. Manakala portfolio-portfolio terbaru ini lebih complicated (untuk saya).
Seterusnya pihak Wahed UK membuat pekara ini:
Very honoured to be invited to the UK Advisory Board at @WahedInvest
— Safdar Alam (@SafdarAlam) September 14, 2021
The vision is one I admire – and those who know me will know I can not say this lightly – exciting times are ahead and looking forward to a key announcement in the coming week or so insha Allah.
Melalui ciapan-ciapan di twitter tuan penasihat Wahed UK yang hebat ini, beliau dengan jelas menyatakan industri kewangan Islam di Malaysia ini tidak betul. Amalkan backdoor riba. Lebih baik sokong sektor konvensional. Ironinya, Wahed Malaysia merupakan salah seorang pemain industri dalam kewangan Islam di Malaysia.
Ini contoh ciapan beliau tentang platform Bursa Suq As-Sila’ dan banyak lagi ciapan lain seperti ini.
Tindakan yang mengelirukan dari pihak Wahed Invest.
Jadi saya buat keputusan tiada keperluan lagi untuk bercakap tentang pelaburan di Wahed Invest. Ini bagi saya, bukan lagi Wahed Invest yang dulu.
Saya tidak mahu menulis apa-apa. Sehinggalah…
11 Februari 2022. SEC Charges Robo-Adviser with Misleading Clients
Ini pula dikeluarkan oleh Wahed Malaysia – Penjelasan Wahed Technologies Sdn Bhd Mengenai Kenyataan SEC
Pelaburan ini masih pelaburan berlesen di Malaysia. (Jika ada isu, saya akan kemaskini). Cuma sudah tidak lagi sesuai dengan profil pelaburan saya.