Sekiranya Mahu Menjadi Kaya & Berjaya, Sila Menjadi Seorang Pakar

Berniaga memang jalan kekayaan terbaik.

Namun, bukan semua orang patut berhenti kerja dan berniaga.

Lebih malang jika menganggap kerjaya sebagai seorang jurujual itu adalah berniaga.

Iaitu, sekiranya tuan mempunyai kerjaya profesional yang baik seperti doktor, peguam jurutera, akauntan dan seterusnya.

Satu, kerjaya sebegitu adalah satu fardhu kifayah.

Dua, kerjaya profesional juga menjanjikan pendapatan lumayan.

Tuan perlu masuk dalam kelompok yang paling power dalam bidang profesional tuan. Seperti doktor bedah yang paling hebat. Peguam lawan kerajaan yang paling digeruni. Cikgu yang paling pakar memandaikan anak bangsa. Ya, pakar. Bukan sekadar doktor, peguam dan cikgu biasa-biasa.

Selepas menjadi pakar, duit & kejayaan akan mencari kalian. Bak kata Ranchodas Chanchad dalam filem 3 Idiots:

 Pursue excellence, and success will follow.

Sila lihat orang-orang yang berjaya di sekeliling tuan. Misalnya Profesor Dr Muhaya, dia jadi pakar mata dulu sebelum dia masuk televisyen dan popular dalam masyarakat. Begitu juga dengan Chef Wan, dia jadi pakar memasak dulu sebelum duit masuk kiri dan kanan. Begitu juga Dr Mohd Daud Bakar, pakar Shariah tempatan yang sangat terkenal di seluruh dunia dalam bidang kewangan Islam.

Memang nak jadi pakar ambil masa. Hari ini bergraduasi, esok memang belum jadi pakar lagi.

Tuan memerlukan 10,000 jam “latihan” atau kira-kira 10 tahun sepak terajang harian dalam bidang yang tuan pilih.

When my wife was pregnant, I didn’t think I was going to deliver a baby. If I get a toothache or something, I don’t take out my own tooth. I turn it over. I follow Adam Smith’s advice; turn it over to a specialist.Warren Buffett




Buat Carian

16 comments

  1. noriz

    good advice!

    actually sya suukeeeeee sgt movie 3 idiots tu, wlu tajuk mcm sengal tpi mesej dlm movie tu sgt mendalam kan…

    1. Pakdi

      Hehe. Sengal-sengal bermakna 😉

  2. Azila

    10 years?

    Bagi saya, hampir 3 tahun sudah berlalu, sejak mula berkerja. Jika begitu, insya Allah akan saya gunakan baki masa 7 tahun lagi untuk menjadi ‘pakar’ dalam bidang saya juga!

    Pakdi confirm sudah pakar, sudah lebih 10 tahun dalam bidang pelaburan kan?

    1. LiasM

      Saya sudah 8 tahun.. yup lagi 2 tahun untuk jadi pakar..
      tapi masalahnya sudah letih pulak buat kerja yang serupa 10 tahun…

    2. Pakdi

      Atas kertas yang bersijil dari 2004. hehe…

  3. Saharizam

    seharusnya semasa peringkat pra-universiti ada satu kurikulum atau kursus asas untuk memilih bidang yg kita ingin ceburi sebelum kita memuktamatkan pilihan jurusan bila mengambil ijazah. Bila kita berada dalam karier yg betul, 10 tahun terasa sekejap dan enjoy sahaja. Hanya segelintir yg merasainya dan mereka besar kemungkinan jadi specialist bidang berkenaan. Paling kurang pun mereka mesti ‘above average’.

  4. helmi fadzli

    ttp, kekadang tu dah cukup 10 thn berada dalam bidang yang diceburi…terlintas pulak nak beralih bidang….cthnya dari legal nak buat bisnes bakery, dari engineer menjadi full time photographer….alasannya, dh cukup masa, nak cari leisure time bersama keluarga, nak tambah income…bagaimana tu pula saudara pakdi..

    1. Pakdi

      Memang sukar nak jawab soalan sebegini.

      Sebab itu saya suka cadangkan walaupun hari ini grad sebagai seorang jurutera, kalau suka memasak teruskan memasak.

      Secara formal atas kertas kerjaya merupakan jurutera (maklumlah ada perut nak kena isi) tapi pada masa yang sama ada passion dalam bidang masakan dan lakukannya secara part-time. InsyaAllah, ada hasilnya.

  5. zool

    Betul tu.. kena jadi master dlm bidang yg diceburi…

  6. Saharizam

    bagi sesetengah bidang cth perakaunan, tempoh 10 tahun itu juga kena disulami lulus dan memegang kelayakan badan profesional. kalau setakat ada degree accounting, lepas 10 tahun pun mungkin masih di tahap exec.

    1. Pakdi

      Setuju. Professional paper pun kena ambil juga, walaupun tidak ‘wajib’ untuk jadi pakar sebenar tetapi itulah dunia hari ini.

  7. hasrul

    Nasihat terbaik! memang perlu berhempas pulas dan redah dengan segala rintangan, dan sekurang-kurangnya dapat dinilai dalam jangka masa 10 tahun.

    Fokus dalam masa itu bukan mudah cuma orang-orang yang betul-betul konsisten dengan minat dan kecederungan akan menjadi professional baik melalui bisnes atau karier.

  8. Mohd Azril Mohamed Salleh

    Biasnya selepas pencen kita akan buat sesuatu perkerjaan yang kita suka, jadi jika kita suka dan minat dengan kerja yang kita buat sekarang ni, maknanya kita macam dah dianggap pencen. Dapat duit ker , tak dapat apa2 pun, kerja tu tetap kita akan lakukan…sebab kita suka dan minat dengan kerja kita. Wallahualam.

  9. Sulaiman

    Muhammad Taib , Adnan Yaacob (cikgu sekolah) ———> mentri besar
    Khir Toyo (Doktor Gigi)————–> mentri besar

  10. quzaini

    saya juga begitu,terasa nak tukar angin.nak balik cop sawit di kampung

  11. 5 Langkah Menjadi Pekerja Jutawan

    […] jadi pakar bidang (specialist) pun perlukan paling kurang 10 tahun, takkan boleh jadi jutawan dengan sekelip […]

Comments are closed.