Saham Sebagai Kenderaan Kekayaan

Pelaburan saham adalah game long term.

Strategi pelaburan long term sekurang-kurangnya 10 tahun.

Oleh sebab itu, cara mengukur prestasi pelaburan saham ialah dalam tempoh tersebut dan bukannya dalam jangka masa yang pendek. Dan saya membuat perbandingan 10 tahun dari tahun 2006 – 2015.

Berikut ialah apa yang berlaku sekiranya pada 2006 kita mempunyai modal sebanyak 650 ringgit. Dengan modal tersebut kita dapat melakukan perkara berikut:

  • Beli 1 dinar emas
  • Simpan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)
  • Labur dalam saham

Saya memilih secara rawak 4 saham iaitu:

  • BIMB Holdings Bhd
  • NTPM Bhd
  • Ajinomoto Bhd
  • Lay Hong Bhd

Kriterianya adalah mudah, beli syarikat household name yang tidak berlaku share split berlaku sepanjang 2006-2015.

Tak guna apa-apa filter seperti ROE, ROA, PE, yield, debt to equity ratio dan financial ratio seperti itu. Cuma pakai strategi disebabkan setiap bulan kita keluar duit beli produk / khidmat syarikat tu, maka kita beli saham yarikat tu. Tidak perlu apa-apa pengetahuan pelaburan lanjut.

  • BIMB – orang bayar hutang rumah, kereta dan ambil takaful
  • NTPM – Tisu
  • Ajinomoto – Serbuk perasa
  • Lay Hong – Jual telur berjenama Nutriplus

Asalnya saya juga mahu meletakkan 1 Exchange Traded Fund (ETF) untuk menjadikannya 5, tetapi tak cukup tempoh 10 tahun. Maka hasilnya adalah seperti berikut.

Tunai Tukar Kepada Dinar Emas

RM 650 yang ditukar menjadi 1 dinar, dapat membeli 2 ekor kambing.

Tunai Simpan Dalam ASB

RM 650 yang disimpan dalam ASB sekurang-kurangnya berkembang menjadi RM 1,275.51 bersamaan 3 ekor kambing dan tunai RM 300.51

Tunai Tukar Kepada Saham

RM 650 yang tukar menjadi unit-unit saham BIMB Holdings berkembang menjadi RM 2,736.62 bersamaan 8 ekor kambing dan tunai RM 136.62

RM 650 yang ditukar menjadi unit-unit saham NTPM berkembang menjadi RM 4,348.40 bersamaan 13 ekor kambing dan tunai RM 123.40

RM 650 yang ditukar menjadi unit-unit saham Ajinomotoberkembang menjadi RM 3,162.50 bersamaan 9 ekor kambing dan tunai RM 237.50

RM 650 yang ditukar menjadi unit-unit saham Lay Hongberkembang menjadi RM 3,891.50 bersamaan 11 ekor kambing dan tunai RM 316.50

Kekayaan Pelabur Lagenda – Warren Buffett

Warren Buffett merupakan pelabur saham lagenda. Beliau bersama partner, Charlie Munger telah melabur saham melalui Berskhire Hathaway (BRK). Selama 50 tahun saham BRK dari tahun 1956-2015, telah naik sebanyak 1,826,163%. Atau, 21.6% pulangan tahunan terkompaun.

Strategi pelaburan yang digunakan pakai oleh Warren Buffett dan Charlie Munger dikenali sebagai pelaburan berasaskan nilai (value investing).

Sebab itulah kita perlu menjadi pelabur yang berilmu.

Dengan ilmu yang betul, kita dapat membeli saham yang betul, saham yang bukan sahaja kalis inflasi tetapi saham yang dapat memberikan kita keuntungan yang berlipat kali ganda.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: