Pelaburan saham keutamaan atau preference shares

Anda menerima tawaran pelaburan yang menjanjikan untung tetap setiap bulan? Tawaran itu pula dikenali sebagai RPS, i-RPS atau saham keutamaan? Baca nota ini dulu.

Lebih 400 individu didakwa kerugian RM54 juta akibat ditipu skim pembelian saham keutamaan syarikat pasangan bergelar Datuk Seri dan Datin Seri yang juga bekas kakitangan sebuah syarikat penyiaran swasta.

Berita Harian, 24 Februari 2022

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK PDRM) telah pun mengesahkan tentang kes ini dan ada 19 laporan polis telah diterima.

Lazimnya, pelaburan saham keutamaan ini disebut sebagai Redeemable Convertible Preference Shares (RPS) atau Islamic Redeemable Convertible Preference Shares (i-RPS).

Saya telah menulis tentang saham keutamaan (preference shares) ini menerusi nota ini dan juga catatan di Facebok.

Nota di Substack: Preference Shares

Dan ini pula saya salin semula nota tentang saham keutamaan yang telah ditulis di Facebook.

Tawaran pelaburan redeemable preference shares (RPS) atau Islamic RPS (i-RPS) kembali trending kebelakangan ini. Maka ini panduan dari Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Istilah yang SC pakai dalam perkara macam ini ialah unlisted public companies (UPC). Preference shares ini ditawarkan oleh public companies tetapi tidak tersenarai di Bursa Malaysia.

Sebelum sesebuah syarikat boleh tawarkan RPS / i-RPS maka perlu buat info memo / prospectus untuk dibaca oleh pelabur. Prospektus ini perlu didepositkan di SC.

Walaupun begitu, ini tidak bermaksud SC approve sesuatu tawaran RPS / i-RPS tersebut. Pelabur perlu buat investment research sendiri atau engage licensed profesional untuk dapatkan investment advice.

Sama macam mana-mana pelaburan IPO, saham, atau unit trust misalnya. Ada prospektus, ada annual report, ada financial statement. Walaupun wujud benda-benda tu, tak bermaksud pelaburan yang dibuat adalah confirm menguntungkan. Tak reti, dapatkan (bayar) profesional advice.

Satu lagi, kalau ejen kata return gerenti 18% setahun, kau check la balik info memo / prospectus tu. Dokumen rasmi memang kata gerenti dapat ke atau cuma target return? Ejen memang selalu lebih sudu dari kuah. Memandai je. Cashflow projection je kot. Historical return dan backtesting result pun diorang boleh pusing, konar jadikan maklumat itu sebagai future return yang bakal pelabur dapat.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: