Nak melabur saham tapi tak tahu nak beli saham apa?
Mudah-mudahan 8 tips ini dapat membantu kalian membuat langkah seterusnya menjadi pelabur yang bijak.
1. Saham Shariah Compliant
Ada lebih 900+ saham yang tersenarai di Bursa Malaysia. Jadi, mula-mula sekali pastikan kita beli saham yang patuh Shariah sahaja. Saham yang tak Shariah compliant tu kita tak payah beli.
Cara paling selamat ialah dengan terus buka akaun dagangan saham yang Islamic. Confirm tak akan terbeli saham yang tidak patuh Shariah.
2. Growth vs Income
Tetapkan objektif beli saham. Nak dapat dividen atau nak dapat untung kenaikan harga. Untung kenaikan harga ini juga disebut sebagai untuk capital gain. Beli 1 ringgit jual balik RM 1.50. Dapat untung 50 sen sesaham.
Pelabur yang memilih growth akan laburkan semula keuntungan yang diperoleh dalam portfolio pelaburan mereka semula. Manakala, pelabur yang nak income lepas dah dapat dividen mereka pun belanjakan dividen tersebut.
3. Saham Blue Chip
Saham yang beri dividen selalunya saham-saham blue chip. Yang ramai sebut saham-saham mewah. Tapi tak semestinya. Tapi lazimnya begitu.
Kelebihan saham blue chip ini ialah sebab syarikatnya sudah besar. Lebih stabil. Tak perlu modal untuk tujuan kembangkan bisnes lagi. Sebab itu dividend payout yang diberi selalunya adalah lebih besar peratusnya.
4. Saham Mid-Small Cap
Saham-saham yang boleh naik harga melonjak-lonjak adalah saham-saham bersaiz sederhana dan kecil. Bahasa teknikalnya medium to small cap (MidS). Tengok market capitalization. Market cap < RM2 bilion.
Inilah kategori saham pilihan untuk pelabur yang nak memperoleh keuntungan dengan lebih cepat.
5. Bukan Saham Syarikat Bermasalah
Semak senarai saham PN17 dan GN3. Jangan beli.
6. Bukan Saham “Murah”
Jauhkan diri beli saham penny stock. Secara umumnya market cap < RM 200 juta. Alah yang beberapa sen sesaham tu.
7. Gaya Trader vs Gaya Investor?
Seterusnya, nak beli saham guna cara trader atau guna cara investor?
Trader menggunakan momentum. Tengok chart. Analisa pergerakan harga saham. Mazhab technical analysis. Jangka masanya lebih pendek.
Investor pula menganalisa bisnes. Baca annual report. Baca financial statement. Tengok untung rugi. Analisa aset dan liabiliti serta aliran tunai. Mazhab fundamental analysis. Jangka masanya lebih panjang.
8. Analisa Sebelum Beli
Gunakan BursaMarketPLC sebagai tempat bermula nak buat analisa saham. Jangan risau, ini adalah platform pendidikan yang disediakan oleh Bursa Malaysia sendiri.
Sekiranya tak mampu buat analisa sendiri beli sahaja Exchange Traded Fund!
p.s Kalau tanya Warren Buffett muda, dia suruh beli saham small cap.
p.p.s Tapi kalau tanya Warren Buffett tua, dia akan suruh beli saham yang ‘kuat’. Saham yang macam istana yang ada kubu yang kuat.