Risiko itu benar

Awal bulan lepas saya dijemput oleh pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk sesi Bicara Santai PNB 2019 yang meninjau isu ekonomi semasa. Dalam sesi tersebut, CEO PNB yang baru pun ada.

Saya telah pun berkongsikan hasil bicara santai tersebut menerusi Facebook dan juga Twitter.

Maka sebagai point tambahan, untuk institusi besar seperti PNB sudah tak ada banyak pilihan melainkan kena melabur di luar negara. Cuma bila melabur di luar negara perlu urus risiko tambahan iaitu currency exchange risk.

Maka saya pun membelek-belek laporan kewangan ASB dan jumpa perkara ini:

ASB pada tahun 2018, mengalami kerugian 9.5 juta dari tukaran asing. Seterusnya:

ASB menggunakan reserve hampir 7.5juta untuk mengawal kerugian tersebut.

Ya, kewujudan reserve inilah yang membezakan Tabung Haji dan ASB selama ini.

Risiko itu benar. Kerugian itu benar.

Alhamdulillah, kedua-dua institusi ini dijamin kerajaan. Maka kita tak rasa kerugian atas modal (simpanan) kita, melainkan apa yang kita dapat dalam bentuk hibah dan agihan pendapatan tu berkurangan.

Tabung Haji dan ASB bukan pelaburan yang tidak ada risiko. Ada. Cuma telah ditanggung oleh pihak lain. Tidak ditanggung oleh kita para pendeposit, pemegang unit.

Cuma soalannya sampai bila kerajaan mampu jamin dan juga reserve itu akan terus kekal banyak dalam situasi ekonomi yang semakin mencabar.

Jadi kalau ada pihak cuma mempengaruhi kita dengan menyatakan “Pelaburan XYZ tak ada risiko, untung tiap bulan, mari melabur dengan saya” maka ketahuilah itu ialah scam. Yang duduk dalam Tabung Haji dan PNB tu bukan orang bodoh. Pun sekali Trump tweet, mereka pun tak boleh buat apa.

PNB akan melabur sehingga 30% dalam pasaran luar negara. Sasaran ini dibuat secara berkala menjelang 2022. Berapa peratus (%) aset ASB yang akan laburkan di luar negara pula, belum diketahui lagi.

Melabur di luar negara ini datang dengan risiko tambahan. Peluang dan potensi untung memang besar dan “ia tidak percuma.” Lebih banyak yang digunakan untuk melabur di luar negara, maka lebih banyak risiko yang perlu diambil.

Leave A Comment