Persediaan Untuk Berhenti Kerja

1. Predicting rain doesn’t count. Building arks does – Warren Buffett

2. Jika masih belum menyimpan, sila lupakan hasrat untuk berhenti kerja.

3. Lelaki ini namanya Warren Buffett. Pada 2018, nilai hartanya dianggar lebih dari 80 billion US dollar. Antara orang paling kaya atas planet bumi.

4. Pada usia 26 tahun dia telah pun berhenti kerja. Kerja pertama adalah stock broker. Selepas itu jadi investment analyst. Warren Buffett berhenti kerja untuk menguruskan firma pelaburan sendiri, Buffett Partnership.

5. Pada tahun 1956, tahun dia berhenti kerja ini maklumat perbelanjaan dan harta yang dia ada:

  • Simpanan: $174,000
  • Perbelanjaan tahunan: $12,000
  • Kos sewa rumah: $175 / bulan

6. Berdasarkan jumlah simpanan dan perbelanjaan tahunan sebegini, dia sebenarnya dapat hidup tanpa perlu langsung bekerja untuk tempoh 14 tahun. Wow!

7. Dia berhenti kerja dan mula bekerja dari rumah (working from home) sebagai pelabur sepenuh masa. Beli saham seringgit pada harga 50 sen.

8. Berdasarkan kiraan inflasi di Amerika, sekiranya Warren Buffet berusia 26 pada tahun 2015, dia berbelanja dan berharta seperti begini:

  • Simpanan: $ 1,513,537.72
  • Perbelanjaan tahunan: $ 104,381.91
  • Kos sewa rumah: $ 1,522.24

9. Dengan belajar dari Warren Buffett, maka apa yang kita dapat belajar ialah sebelum berhenti kerja simpan duit banyak-banyak. Bina dulu bahtera kewangan yang kukuh. Sebab data menunjukkan banyak start-up business yang gulung tikar pada 3 tahun pertama.

10. Jangan mudah terpedaya dengan cerita-cerita kejayaan bisnes yang memberikan harapan palsu kepada kita. Makan gaji pun masih dapat jadi orang kaya dan berharta.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: