Pelaburan Saham & Unit Trust: Apa Bezanya?

Saham dan unit trust adalah dua peluang pelaburan yang ada di Malaysia. Keduanya saling melengkapi sebab setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

1. Definisi

Saham adalah pemilikan dalam bisnes. Ekuiti. Dengan membeli saham bermakna kita telah menjadi pemilik sesebuah syarikat. Apabila sebut pasal pelaburan saham, selalunya merujuk kepada pembelian saham syarikat di Bursa Malaysia.

Unit trust pula adalah collective investment scheme yang membolehkan sekumpulan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk kumpul duit sama-sama supaya dapat dilaburkan dalam aset pelaburan tertentu.

Bergantung kepada objektif sesuatu dana, unit trust melabur dalam:

  • Saham (ekuiti)
  • Bon/sukuk
  • Derivatif
  • Hartanah
  • Komoditi
  • Cash & cash equivalent.

Jadi, unit trust pun ada jenis yang melabur dalam saham (ekuiti). Bezanya kita sebut pemilikan saham secara tak langsung. Jangan ingat bila dah melabur unit trust, pasaran saham tak ada kaitan langsung dengan kita.

2. Cara Memulakan Pelaburan

Nak beli saham, boleh buat dua (2) cara berikut:

  • Buka CDS / trading account dengan mana-mana syarikat broker atau bank pelaburan. Ini untuk mereka yang nak urus saham sendiri.
  • Buka akaun mandat persendirian dengan mana-mana syarikat pengurusan aset (asset management company). Ini untuk mereka yang mahu bantuan dan khidmat kewangan profesional seperti licensed fund manager.

Nak beli unit trust, ada lima (5) cara:

  • Melalui unit trust consultant. Cara paling biasa.
  • Melalui bank. Selalunya bank buat cross selling dengan produk bank lain.
  • Melalui asset management company. Fund manager uruskan portfolio pelaburan unit trust kita.
  • Melalui licensed financial planner. Melalui wrap account.
  • Melalui online platform. Untuk pelabur yang reti uruskan portoflio pelaburan unit trust sendiri.

3. Tempoh Pelaburan

Pelaburan saham dan pelaburan unit trust kedua-duanya dibuat dengan matlamat jangka masa sederhana ke jangka masa panjang. Tak timbul isu saham untuk short term, unit trust untuk long term.

Hanya pelaburan unit trust jenis money market untuk tujuan cash management jangka masa pendek.

4. Kepatuhan Shariah

Saham dan unit trust keduanya ada pilihan patuh Shariah. Ada garis panduan sekuriti patuh Shariah yang telah dibangunkan menerusi Pasaran Modal Islam (Islamic Capital Market) Malaysia.

5. Modal permulaan

Setakat nak nak beli, saham dengan modal 100 ringgit pun boleh. Tapi tidak berbaloi.

Unit trust pula perlu tengok dan baca prospectus / fund factsheet. Ada yang bermula dengan modal RM 500, ada yang perlu RM 1,000.

Apa yang lebih penting untuk diketahui ialah, saham dengan modal bawah 10 ribu ringgit agak sukar untuk buat risk management. Manakala, unit trust instant diversification dapat terus berlaku.

6. Harga

Pergerakan harga saham dipantau melalui harga sesaham atau seunit. Pembelian minima adalah 100 unit bersamaan dengan satu lot.

Manakala unit trust menggunakan nilai aset bersih (NAB) / net asset value (NAV).

Berbanding saham, kos jual beli unit trust dikira melalui NAB. Justeru, pengiraan kos sebagai contoh 5% sales charge bukan dikira melalui modal yang dilaburkan.

7. Strategi Pelaburan

Apabila melabur saham sendiri, kita dapat bina satu portfolio sendiri mengikut pelbagai strategi yang ada. Ada growth, value, top down, small cap, big cap dan seterusnya. Boleh buat unique & customize investment portfolio.

Manakala untuk unit trust, agak sukar nak bina satu portfolio pelaburan seperti saham kerana banyak bergantung kepada strategi fund manager. Dan strategi fund manager ini dapat berubah-ubah. Apa yang dapat dibuat dengan unit trust ialah sekadar asset allocation seperti ini:

  • x% dalam money market fund
  • y% dalam fixed income fund
  • z% dalam equity fund


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: