Jika Mahu Lebih Untung Melaburlah Dalam Ekuiti

Pelaburan dalam ekuiti bermaksud membeli pemilikan dalam sesebuah syarikat. Sama ada membeli syarikat persendirian (private company) atau syarikat yang tersenarai di pasaran saham (public listed company).

Nota ini merujuk kepada pelaburan ekuiti dalam public listed company. Pelaburan ini dibuat melalui cara-cara berikut:

  1. Melalui akaun CDS dan dagangan saham.
  2. Melalui unit trust.
  3. Melalui ETF.
  4. Servis managed account.

Secara umumnya, pelaburan ekuiti adalah lebih berisiko dan mereka mesti sanggup tengok kejatuhan harga pasaran untuk sementara waktu. Dengan cara ini barulah portfolio pelaburan mereka berpotensi mendapat lebih untung.

Pelaburan ekuiti adalah berbeza dengan pelaburan fixed income yang memberikan fixed coupon dan capital protected. Dividen adalah tidak tetap dan harga saham turun dan naik.

1. Melalui akaun CDS dan dagangan saham

Membuat pelaburan saham sendiri (do it yourself – DIY) adalah cara yang paling fleksible, dan kos yang paling rendah. Walau pun begitu, ada 4 perkara yang perlu dibuat oleh seorang pelabur DIY.

  • Kajian nak beli saham apa
  • Strategi berapa banyak saham nak beli.
  • Keputusan bila nak jual dan beli.
  • Pemantauan yang berterusan.

Dalam erti kata lain, pelabur DIY tidak boleh goyang kaki. Kena ada ilmu dan ada kerja yang mesti dibuat. Maka, pandai-pandai pelabur lah untuk tentukan sendiri strategi pelaburan saham yang hendak diamalkan.

2. Melalui unit trust

Unit trust kategori ekuiti juga melabur saham. Sebagai pelabur kita disebut membuat pelaburan secara tidak langsung. Justeru, apabila pasaran saham menaik, maka pelabur unit trust ekuiti juga akan mendapat untung.

Pelabur unit trust mendapat instant diversification walaupun melabur dengan modal yang rendah. Pelabur juga kena tahu fee yang terlibat seperti sales charge dan juga management fee.

Walaupun pelabur dah tak perlu fikir nak beli saham apa, tetapi pelabur perlu lah membuat asset allocation yang bersesuaian terlebih dahulu.

3. Melalui ETF

ETF atau exchange traded fund merupakan “unit trust” yang dijual di Bursa Malaysia.

Beli ETF sama macam beli saham. Kena ada CDS & akaun dagangan.

Perbezaan utama ETF ialah dari sudut strategi pelaburan. ETF lazimnya menggunakan strategi pelaburan pasif iaitu dengan cuba menjejak prestasi indeks yang digunakan.

Oleh itu pelaburan ETF ini adalah lebih mudah diuruskan kerana kita hanya mensasarkan market return tanpa perlu banyak fikir apakah strategi yang bersesuaian. Jika, pasaran memberi untung tinggi, maka untung kita juga (sepatutnya) tinggi. Dan jika pasaran rugi, maka kita pun ikut rugi.

3 produk berbeza 1 masalah yang sama

Masalah tersebut ialah…

  • Nak beli saham apa?
  • Nak beli unit trust mana satu?
  • ETF mana nak beli?

Sekiranya anda dapat menjawab soalan-soalan tersebut, maka melaburlah sendiri secara online.

Jika tak tahu, belajar melabur.

Jika masih tak mampu buat sendiri, sila dapatkan khidmat pengurus dana berlesen atau perancang kewangan berlesen.

4. Servis wrap account atau private managed account.

Ini adalah servis yang dapat hilangkan pening kepala pelabur. Servis ini ditawarkan oleh:

  1. Licensed financial planner, secara advisory.
  2. Licensed fund manager, secara discretionary.

Maka individu-individu ini yang fikir:

  • Nak beli apa.
  • Banyak mana nak beli.
  • Bila nak jual dan beli.
  • Dan membuat pemantauan berterusan

Ada mandat yang menguruskan saham, unit trust atau ETF.

Strategi pelaburan adalah berbeza-beza mengikut setiap financial planner atau fund manager yang menawarkan servis ini.

Pelabur perlu mempunyai modal besar dan ambil maklum tentang advisory / management fee yang dikenakan berdasarkan asset under management (AUM).

Penulis: Pakdi merupakan seorang perancang kewangan berlesen. Specialised menyediakan pelan pelaburan saham untuk persaraan.