Pelaburan Apa Yang Bagus?

Ada macam-macam pelaburan yang ada. Macam kereta. Ada Proton, ada Perodua, Honda, Toyota dan macam-macam lagi. Itu baru syarikat kereta.

Kalau tanya pada penjual kereta soalan, “Bang, kereta apa yang bagus?”

Mesti pening penjual kereta tu nak jawab.

Tanya Soalan Yang Lebih Bagus

Cuba tanya soalan yang lebih baik macam ni.

“Abang, saya ni anak 4 orang. Isteri seorang. Jadi nak pakai sedan dah tak sesuai. Abang boleh cadang tak kereta yang muat untuk 6 orang?”

Soalan ni lebih baik dari soalan yang pertama. Dan menjadi lebih baik jika ada keterangan lanjut macam ni.

“Tiap bulan insyaAllah saya dapat bayar antara 1000 – 1500 ringgit,”

Jadi penjual kereta tadi pun dapat lah fokus kepada beberapa kereta yang ada 7 seater yang bersesuaian dengan bajet kita.

Kita Ni Jenis Pelabur Yang Macam Mana?

Secara umumnya ada 3 jenis pelabur.

  • Agresif
  • Sederhana
  • Konservatif

Tapi jangan cakap je kita ni agresif. Tapi bila harga susut 5% dah bising. Itu bukan agresif namanya. Itu pelabur konservatif!

Sekiranya kita dah pernah melabur dalam unit trust, soalan untuk tentukan kita ni pelabur yang macam mana mesti dah jawab. Kalau tak pernah jawab, mesti ejen yang tolong jawabkan tu. Hi hi hi. Tu yang bila nampak loss, terbeliak biji mata.

Equity vs Fixed Income

Pelabur agresif sesuai untuk melabur dalam ekuiti i.e. pasaran saham. Atau unit trust yang ada exposure dalam pasaran saham. Selain dari ekuiti, pelabur agresif juga sesuai untuk melabur dalam derivatif.

Manakala pelabur konservatif pula sesuai untuk melabur dalam pelaburan fixed income. Macam bok / sukuk, money market dan juga sebahagian real estate investment trust (REIT). Sebab pelabur konservatif ni tak tahan tengok harga jatuh.

Untuk pelabur sederhana pula kena ada ‘balance’ antara ekuiti dan juga fixed income.

Kena Proaktif

Kebanyakan kita tunggu orang datang cari. Suka ejen pelaburan call buat appointment. Supaya terasa penting diri tu kan.

Sepatunya kita yang proaktif. Kita yang kenal pasti siap-siap kita ni jenis pelabur yang macam mana. Kemudian cari individu-individu yang berlesen dan bercakap dengan mereka tentang pelaburan yang bersesuaian.

Cara itu lebih baik.

Anak muda yang berusia bawah 30 tahun, secara umumnya patut melabur dalam pelaburan yang lebih agresif nak dibandingkan dengan orang yang lagi 3 bulan nak pencen.

Jadi, tidak ada jawapan yang satu untuk soalan – Apakah pelaburan yang terbaik.

Bersedialah untuk berkongsi maklumat tertentu semasa membuat perbicangan. Takkanlah bila penjual kereta tanya, “Ok, bajet encik untuk kereta ni berapa ya?”

Kita pun kata jawab, “Oh, bab gaji itu privacy!”

Kau ni serius ke nak melabur?


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: