Dunia semakin rata.
Siapa yang berusaha lebih mudah berjaya berbanding yang duduk dan komplen sahaja.
Fenomena startup company dari belakang rumah memang sudah menjadi trend di dalam dunia teknologi sekarang. Sebelum ini, Instagram dibeli oleh Facebook dengan nilai USD $1 billion. Kali ini, remaja berumur 17 tahun yang berasal dari kota London, Nick D’Aloisio, menjual syarikatnya kepada Yahoo dengan nilai USD $30 juta.
Perjalanan beliau di dalam industri ini bermula ketika umurnya 10 tahun iaitu apabila ibu bapanya membelikan sebuah laptop kepadanya. Disebabkan minat, beliau menghabiskan masa dengan belajar mengenai programming dan mencipta apps ketika cuti sekolah. Beliau mencipta iPhone apps yang pertama pada usia 12 tahun.
Bakat yang ada pada dirinya akhirnya dikesan oleh billionaire daripada Hong Kong, Li Ka-shing. Beliau melabur sebanyak $300,000 kepada syarikat milik remaja muda ini. Dengan modal sebanyak itu, Nick D’Aloisio membina sebuah aplikasi yang diberi nama Summly.
Nick D’Aloisio akan mula bekerja di Yahoo pada usia 17 tahun.
Sumber : TheStar
p/s : kita ada di mana ketika berusia 17 tahun? 🙂
Jibam
Pakdi,
Zaman kita umur 17 berbeza dengan zaman budak sekarang. Zaman kita zaman tengok TV1, TV2 dan TV3 saja…
Suzardi Maulan
Warren Buffett pula dah beli saham umur 10 tahun 😉
http://www.pakdi.net/warren-buffett-10-fakta-menarik/
Abdul Rahman
Pada umur 17 tahun saya menjadi penulis iklan, belajar programming main-main, dan sakit kepala tengok Add Maths! Haha
halif
17 tahun kita ramai yang bercinta monyet..hahaha
naim
Salam sejahtera. Baru saja mendaftar sebagai Bengkel Masterclass sebagai early bird. Saya cuma mahu pengesahan sama ada penyertaan saya sudah diterima atau belum. Thanks in advance.
Admin: Pihak kami telah memberikan respon kepada tuan melalui emel. Sila semak ya.
Wan Ahmad Fakhruddin
Masyukkk..
Azhar
Salam pakdi
saya terpanggil lepas melihat sahabat kita post di fb. Beliau sbnrnya sudah bermula lama, ketika berusia 12-14 thn. Saya tidak hairan sebab sudah kebiasaan mereka disana sudah berjaya membina start-up. Internet dibina dari mereka dn mostly mereka sudah menguasai seawal daripada kita.
jangan pandang rendah pada rakyat malaysia, kerana sudah pun muncul orang malaysia dan melayu kita di dalam perjalanan..saya berbangga sbb kemunculan apps secara serius pada tahun 2007.. cthnya lihat di link ni kejayaan pd tahun lepas sorang org bangsa kita:
http://www.hmetro.com.my/articles/2013011906205120130119062051//Article
sebenarnya nick rugi menjual company dia pada yahoo..blh baca byk pautan di businessinsider.
http://www.businessinsider.com/so–marissa-mayer-is-paying-a-17-year-old-30-million-to-be-yahoos-spokesman-for-18-months-2013-3
beberapa orang startup yang pernah menjual company pd yahoo seperti ghubal chahal pun ada menunjukan surat pada nick pd hr ni.. boleh baca di ssini:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151467688914300&set=a.10151083197579300.438292.10392229299&type=1&theater
Suzardi Maulan
Terima kasih pautan tambahan tu.
10 Rangkuman Berita Menarik Sepanjang Minggu
[…] Kisah seorang jutawan muda berusia 17 tahun, Nick D’Aloisio, yang menjual aplikasi iPhone beliau kepada Yahoo! dengan nilai USD $30 […]
Rich
kat malaysia ni umur 17 tahun baru dapat lesen P untuk ejoy tanpa memikirkan matlamat masa depan…oh malaysia ku