Letak $10 ribu dalam Fidelity Magellan Fund, lepas 13 tahun jadi $288 ribu. Itu lah kerja Peter Lynch, yang menguruskan mutual fund (unit trust) tersebut sejak 1977 sebelum retire pada tahun 1990.
Peter Lynch merupakan antara pelabur lagenda yang dapat kita ambil tauladan. Beliau pun ada menulis buku berkaitan stock picking yang sesuai dipelajari oleh pelabur kecil.
Permulaan Awal Peter Lynch Dalam Saham
Encik Lynch mula kenal pelaburan saham apabila menjadi golf caddy di kelab Brae Burn, Boston. Sebagai caddy dia curi-curi dengar perbualan eksekuitif yang bercerita pasal saham masa main golf.
Beli saham Flying Tigers pada harga $7 dolar dan harga meningkat sehingga lebih 500 peratus. 5 baggers kalau ikut istilah yang Encik Lynch suka pakai.
Dengan duit untung itu dapatlah Encik Lynch habiskan belajar. Hasil jadi caddy juga dia ada network dan dapat berkuli di syarikat Fidelity Investment sebagai research analyst.
Menguruskan Fidelity Magellan Fund
Pada 1975 Encik Lynch menjadi Research Director sebelum diberi amanah menguruskan Fidelity Magellan Fund pada 1977.
Ada riwayat yang menyebut fund ini pada asalnya ialah private investment fund untuk keluarga pengasas Fidelity dan bukan untuk public pun. Mentor Peter Lynch adalah pengurus pertama dana ni.
Apa yang menarik waktu ni mutual fund belum hot macam tahun 1990an. Magellan Fund baru ada 18 juta asset under management.
Di Malaysia, tahun 1978 PNB ditubuhkan. ASN wujud pada 1981. Waktu ni, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tengah sibuk menjalankan misi The Dawn Raid. Tunggu movie ni ditayangkan nanti kita serbu panggung sama-sama.
Apa yang nak cerita kat sini ialah mutual fund / unit trust ni walaupun dah lama ada tapi orang ramai mula minat nak melabur guna kenderaan ni bermula pada tahun 1980an. Baik di Amerika atau Malaysia.
Di Amerika pula sekarang ada pelaburan lain yang telah menyaingi populariti mutual fund. Di Malaysia unit trust masih pilihan utama ramai pelabur.
3 tahun pertama menguruskan Magellan Fund tiada sambutan sehinggalah pada tahun keempat apabila pasaran saham mula meletup.
Dikatakan 1/3 aset dituntut semula dalam tempoh 3 tahun pertama tu. Punyalah orang takut nak melabur masa market jatuh. Ini cerita orang Amerika.
Jadi cerita orang takut melabur dalam ekuiti ni bukan masalah orang Melayu. Satu dunia ada perangai yang sama termasuklah orang Amerika yang kita selalu nampak hebat akibat penangan filem Hollywood tu.
Menguruskan modal yang kecil dan faktor pasaran yang tak berapa cantik ketika mula menjadi pengurus dana menjadi antara faktor penting kenapa Encik Lynch mampu dapat untung terkompaun sebanyak 29 peratus setahun dan aset Magellan Fund berkembang dari $18 juta kepada $14 bilion.
Prestasi inilah yang menyebabkan Encik Lynch jadi lagenda dan disebut-sebut sampai hari ini dan menjadikannya sebaris dengan Encik Buffett.
Bagaimana Peter Lynch Melabur?
Encik Lynch dapat bercerita dengan bahasa mudah orang awam cara-cara nak beli saham. Antaranya (1) beli saham berdasarkan info yang ada depan mata (2) pastikan syarikat yang kita beli tu kita boleh lukis dengan krayon (3) Masa market jatuh, beli lagi. Dan macam-macam lagi.
Nak tahu dengan lebih lanjut, beli lah buku-buku beliau ini:
- One Up On Wall Street: How to Use What You Already Know to Make Money in the Market.
- Beating the Street
- Learn to Earn: A Beginner’s Guide to the Basics of Investing and Business
Walaupun Magellan Fund beri 29 peratus setahun sepanjang Encik Lynch menjadi pengurus dana, tapi secara purata pelabur dalam syarikat pelaburannya cuma dapat 7 peratus sahaja.
Kenapa? Sebab tak mahu buy and hold. Saham jatuh, takut, jual. Saham naik, tamak, beli. Nak untung banyak macam mana.
Ya, tak mahu buy and hold ini pun bukan pelabur Melayu aje. Pelabur Amerika pun jenis suka nak untung cepat. Semua nak cari strategi pelaburan beli pagi petang dah untung 100 peratus. Akhirnya apa yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.