Modal melabur saham

Pelaburan saham perlu kepada sejumlah modal (capital). Modal itu perlu realistik. Jangan dipengaruhi dengan kata-kata mereka yang suka menanam tebu di tepi bibir seperti modal kecik pun boleh untung besar jadi jutawan.

Jadi saya pecahkan keperluan modal berbeza-beza mengikut tahap pelabur.

  • Baru hendak mula melabur? (Zero)
  • Sudah mahu mengembangkan modal secara serius? (Beginner)
  • Dah dapat rentak melabur (Intermediate)
  • Nak menjana pendapatan pasif dalam pasaran saham? (Advance)

Kiraan Asas Pembelian Saham

Secara ringkas, pelaburan saham di Bursa Malaysia tidak ada minima modal yang diperlukan. Sebaliknya minima unit. Iaitu 100 unit yang bersamaan dengan 1 lot.

Sebagai pelabur, wajib tahu cara kira kos pembelian saham, dan modal membeli 1 lot saham, maka sila baca:

1. Pelabur Zero Knowledge

Sebagai pelabur zero, baru nak cuba-cuba, modal sekitar 1 ribu ringgit pun dah mencukupi.

Tapi modal sebanyak itu tak berbaloi. Hanya sesuai untuk tujuan belajar, feel the market sahaja. Tak lebih dari itu.

2. Pelabur Beginner

Sebagai pelabur beginner, mulakan dengan modal antara 5 – 10 ribu ringgit. Jika ada 50 ribu ringgit maka itu adalah lebih baik.

Laburkanlah sejumlah modal yang mana kalau rugi 100 peratus pun masih tak jatuh miskin. Investable asset.

3. Pelabur Intermediate

Setelah memulakan misi pelaburan yang pertama, dengan membeli 5 saham dalam portfolio kita, maka tambah modal pelaburan sehingga mencecah 6 angka.

4. Pelabur Advance

Seterusnya, inilah objektif terakhir kita sebagai pelabur saham iaitu boleh retire dengan hidup hasil dari dividen pelaburan saham. Secara realistiknya modalnya bermula dari 7 angka.

Jadi kena ada perancangan pelaburan, supaya dapat terus melabur dengan konsisten sampai cukup nilai pelaburan tadi mencecah 7 angka.


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: