Memulakan pelaburan saham dengan modal bawah 1000 ringgit

“Pakdi boleh tak beli saham dengan modal kecil?”

Pelaburan saham berbeza dengan pelaburan unit trust contohnya. Modal minima pelaburan saham ialah 100 unit saham. Dari situ baru kita dapat tahu berapa ringgit modal yang diperlukan untuk memulakan pelaburan saham.

Selain modal nak beli saham, ada juga kos lain yang perlu diambil tahu.

1. Brokerage fee: Yuran yang dibayar kepada syarikat broker
2. Clearing fee: Yuran yang dibayar kepada clearance house iaitu Bursa Malaysia sendiri.
3. Duty stamp: Cukai RM1.00 bagi setiap RM1,000.00 nilai dagangan. Dibayar kepada kerajaan.
4. Sales & Services Tax: Cukai yang dikenakan ke atas brokerage fee pada kadar SST semasa.

Kiraan ini sebenarnya auto-compute, jangan risau tak perlu kira sendiri. Ini sebagai panduan pelabur baru untuk menjawab soalan berapa ringgit perlu ada supaya boleh mula melabur saham.

Berdasarkan brokerage fee 0.42% atau RM 12 (which ever higher), clearing fee 0.03%, duty stamp dan SST maka inilah kiraannya.

Saham harga 1 ringgit

100 unit: RM 100
Brokerage fee: RM 12
Clearing fee: 0.03
Duty stamp: RM 1
SST: RM 0.72
Jumlah: RM 113.75

Saham harga 2 ringgit

100 unit: RM 200
Brokerage fee: RM 12
Clearing fee: 0.06
Duty stamp: RM 1
SST: 0.72
Jumlah: RM 213.78

Saham harga 5 ringgit

100 unit: RM 500
Brokerage fee: RM 12
Clearing fee: 0.15
Duty stamp: RM 1
SST: 0.73
Jumlah: RM 513.88

Saham harga 10 ringgit

100 unit: RM 1000
Brokerage fee: RM 12
Clearing fee: 0.30
Duty stamp: RM 1
SST: 0.74
Jumlah: RM 1,014.04

Dari sini kita dapat tahu untuk memulakan pelaburan saham sendiri, maka tak perlu tunggu jadi kaya. Melaburlah sampai jadi kaya.

Sebagai action tuan puan, menyimpanlah sekurang-kurangnya RM 100 sebulan dalam tabung memulakan pelaburan, maka selepas 12 bulan menyimpan kita dah dapat memulakan pelaburan saham sendiri berdasarkan kiraan yang telah ditunjukkan di atas.


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: