Modal jadi jutawan

Bilakah masa terbaik untuk melabur? Bila ada duit lebih.

Duit lebih ni kita dapat ada lepas berbelanja. Bayar duit api, air, Astro, telefon, rumah, kereta dan seterusnya. Apa yang berbaki itu laburkanlah. 

Jangan melabur sebab nak cari duit lebih. Duit pampers anak buat beli saham pula. Jangan. Sebab game pelaburan bukan nak dapat duit tiap bulan. Pelaburan ialah game 10 tahun. Kita laburkan duit supaya duit bekerja untuk kita dan akhirnya hasilnya cukup banyak sampai kita ada pilihan untuk berhenti makan gaji.

Modal ini ada banyak jenis. Pertama, modal untuk baru nak bermula. Kedua, modal pelabur yang serius. Ketiga, modal nak jadi (bertambah) kaya.

Pelaburan yang paling rendah kosnya ialah unit trust. Amanah saham. Unit trust macam Amanah Saham Bumiputera (ASB) tu RM 10 pun dah dapat bermula. Unit trust yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat swasta pula dapat bermula antara 500 ke 1 ribu ringgit.

Jadi ada sahaja modal dalam 1 ribu ringgit, jalan terus. Nak beli saham Bursa Malaysia pun dah cukup jika dah ada duit banyak tu. Yang penting buat. Siapa nak dapatkan panduan yang teratur untuk memulakan misi pelaburan saham pertama di Bursa Malaysia sila baca Tutorial Saham.

Hakikatnya untuk rasa berbaloi membuat pelaburan kita perlu bermula dengan modal 100 ribu ringgit. Ini yang disebut oleh Charlie Munger, rakan kongsi Warren Buffett.

“The first $100,000 is a bitch, but you gotta do it. I don’t care what you have to do—if it means walking everywhere and not eating anything that wasn’t purchased with a coupon, find a way to get your hands on $100,000. After that, you can ease off the gas a little bit.”

Inilah sasaran kedua. Simpan duit sebanyak mungkin setiap bulan sampai cukup 6 angka dalam ASB atau Tabung Haji. Baru buat pelaburan yang lain. 

Bila dah ada modal 6 angka maka sudah sampai masanya untuk spread the risk. Kena mula susun modal pelaburan kita kepada beberapa pelaburan dan tidak hanya tertumpu kepada satu tempat sahaja.

Itulah kerja saya. Bantu mereka yang ada keperluan yang lebih kompleks dalam urusan pelaburan mereka. Mereka yang  bermodal besar, keperluannya semakin pelbagai. 

Pelabur dengan modal kecil, keperluan pelaburannya lebih ringkas, kurang berbaloi upah financial planner. Lebih baik do-it-yourself (DIY) atau nanti bila dah ada banyak robo-advisor di Malaysia, gunakan itu sahaja.

Cara kerja saya ialah membantu klien saya menguruskan risiko dalam pelaburan mereka dan bukannya terus nak buat untung bulan dan bintang. Ini kerana saya percaya apabila fokus kepada pengurusan risiko pelaburan yang betul, akhirnya untung pun datang. Dan bukannya membuat pelaburan yang didorongi oleh rasa tamak (tak ada perancangan pelaburan) yang akhirnya jadi macam anjing dengan bayang-bayang.

Ketiga, bila dah buat pelaburan sudah pasti dapat dividen. Agihan pendapatan. Hibah. Jika simpan sahaja bawah bantal, tak dapat. Jika masih belum sampai usia persaraan, maka keuntungan dividen itu laburkanlah semula. 

Selain membuat pelaburan semula, dapat tambah modal pelaburan setiap tahun. Jika dulu mampu simpan 1 ribu ringgit sebulan, maka apa yang menyebabkan hari ini tak dapat simpan jumlah yang sama?

Dua cara yang disebutkan ini membolehkan kita mencapai objektif pelaburan dengan lebih cepat dari sekadar labur initial capital sahaja kemudian langsung tak tambah-tambah.

Pelaburan ialah tentang nak letak duit kat mana. Bahasa canggihnya asset allocation. Sebagai CEO untuk tabung duit diri sendiri, itulah kerja utama kita. Jika CEO tak berkemampuan, tak ada masa nak fikir sendiri maka lantiklah Chief Investment Officer (CIO) untung tujuan tersebut.

“Tapi Pakdi, lepas belanja baki pun takda!”

Jika begitu, maka lepas dapat gaji terus simpan siap-siap sebagai modal pelaburan. Apa yang berbaki itulah yang kita belanjakan =)


Saya menulis nota kewangan pada setiap hari Jumaat dan diemelkan terus ke inbox subscriber. Percuma. Sekiranya berminat sila isi emel anda: