Ramai orang mahu kepada certainty. Jika labur 10 ribu, dia nak tahu sekarang juga berapa untung yang boleh dapat selepas setahun.
Difficult to see. Always in motion is the future.
Master Yoda, Empire Strikes Back
Masalahnya tiada siapa tahu masa depan.
Oleh sebab itulah kita perlu merancang untuk rugi. Jika pasaran saham sentiasa naik, keuntungan ASB tiap tahun naik, maka tidak perlulah kepada persediaan apa-apa. Maklumlah, letak duit je untung. Asal beli je ada profit. Malangnya realitinya tak macam itu.
Jadi apabila ada yang meminta jaminan untung sekian sekian maka ia adalah satu perkara yang mustahil, melainkan dalam dua situasi. (1) Ejen pemasaran produk pelaburan tadi terdesak untuk buat sales, atau (2) ejen investment scam.
1) Dijamin untung
— Suzardi M {Pakdi} (@Pakdi7) November 30, 2020
2) Kadar keuntungan tinggi
3) Cepat dapat untung
Bila muncul 3 kombinasi ini, ketahuilah itu petanda besar investment scam. Cepat lari jauh-jauh.
Pasaran saham untuk jangka masa panjang akan dapat melawan inflasi. Mereka yang melabur dapat mengekalkan kuasa membeli ketika harga barang naik. Tetapi tidak ada siapa yang dapat memberi jaminan secara spesifik saham A akan naik, saham B akan turun, saham C akan naik dan seterusnya.
Siapa yang melabur dalam tempoh (2011-2020) iaitu 10 tahun lepas, nilai pelaburannya dapat berkembang sehingga 17 ribu berbanding walaupun harga barang naik sehingga 20% dalam tempoh yang sama.
Walaupun begitu pelabur mesti mempunyai jangkaan yang betul semasa membuat pelaburan. Kejatuhan harga pasti berlaku. Sama ada disebut bear market, technical correction, recession, itu semua adalah pakej pelaburan yang kita akan dapat. Pelabur tidak boleh pilih untuk tidak mahu menghadapi situasi kejatuhan harga saham.
Jadi, dalam perancangan pelaburan kita mesti bersedia untuk menangani kejatuhan nilai pasaran sekurang-kurangnya 15% untuk tahun pertama, kejatuhan sekurang-kurangnya 30% pada tahun ketiga, manakala tahun kelima dan ke atas sehingga 40%
Bagi pelabur yang memilih untuk melabur dalam unit trust yang popular kerana mendapat baru mendapat untung besar maka bersedialah melihat kejatuhan nilai sehingga 30%.
Bagi pelabur yang memilih untuk melabur dalam saham-saham yang dalam kategori medium to small cap, atau growth stock perlu bersedia dengan kejatuhan sekurang-kurangnya 50%.
Kepada yang memilih melabur dalam aset digital, maka sila ada expectation nilainya dapat jatuh 20% dalam masa tidak sampai satu hari, dan jatuh 50% dalam masa tak sampai 1 minggu.
Memahami perkara ini membolehkan kita bersedia untuk rugi semasa melabur.